Sajat lelong banglo RM9.5 juta. Rupanya Ini Harga Masa Di Beli Dgn Dato Aliff

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu melelong banglo mewah miliknya yang terletak Kota Damansara di sini pada harga RM9.5 juta.

Menerusi hantaran dimuat naik Sajat di laman Instagram miliknya tadi, usahawan itu berkongsi mengenai maklumat lelongan banglo tersebut dengan mengalukan individu berminat untuk menyertai proses berkenaan.

Berdasarkan maklumat dikongsikan Sajat, jualan banglo bernilai RM9.5 juta itu boleh dikurangkan harganya berdasarkan budi bicara pihak mereka.

Selain itu, pembeli juga akan ditawarkan pendaftaran percuma selain syarat dan terma boleh dirunding bagi memastikan aset tersebut dijual.

Bagaimanapun, tarikh lelongan itu belum diputuskan.

Pada 2017, Sajat membeli banglo asalnya milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Sajat disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.

Susulan itu, dua siri lelongan telah diadakan sebelum ini dimana seorang lelaki disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan harta Sajat dengan nilai serendah RM42,000 sahaja.

Pada sesi lelongan pertama, harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghil4ngkan diri. –

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/2022/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sajat lelong banglo RM9.5 juta. Rupanya Ini Harga Masa Di Beli Dgn Dato Aliff"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*