[VIDEO] “Esok Ada Interview” – Lelaki Sed1h Lihat Hasil Pot0ngan Rambut Dari Mamak Ini

Bagi kaum lelaaki, rambut adalah mahkota yang sangat penting pada tubuh badan mereka

Iyalah, gaya rambut boleh menggambarkan personaliti seseorang betul tak? Ada yang suka berambut panjang dan ada juga yang suka kelihatan kemas sentiasa.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi kisah sedihnya gunting rambut dengan mamak telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ariffpeter
Aku potong rambut sebab esok ada interview kerja, fesyen rambut macam ni macam nak buat aku menggangur je

original sound – Ariff Peter

Sedih tengok hasil style rambut dari mamak

Menerusi video tersebut, seorang lelaki memaparkan style rambutnya selepas baru diguntingnya dari sebuah kedai gunting rambut mamak.

Difahamkan, dia pada asalnya meminta style rambut yang diingini sebelum terlelap sekejap semasa proses menggunting rambut itu.

Namun sebaik saja dia sedar, dia terkejut dan agak begitu sedih melihat hasilnya yang disifatkan tidak ubah seperti cerita kanak-kanak iaitu Dora The Explorer. Malah, difahamkan dia juga malu untuk pergi ke sesi temuduga kerja dengan style rambut begini.

Lihat video lain itu di bawah:

@ariffpeter

Panik aku dibuatnya. Terlelap cuma 5 minit, sedar-sedar jadi Dora The Explorer. Sekarang, tinggal nak cari monyet je ajak travel.

original sound – Ariff Peter

“Setiap lelaki mesti ada dend4m dengan tukang gunting” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhbur melihat lelaki itu. Malah, ramai yang memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 76.2K likes dan 3,584 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Harap abang dapatlah kerja walaupun rambut macam Dora The Explorer ya 😛

 

Sumber : Says

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Esok Ada Interview” – Lelaki Sed1h Lihat Hasil Pot0ngan Rambut Dari Mamak Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*