Azhan Rani kem4l4ngan motos1kal, kini dalam keadaan stabil

PELAKON Azhan Rani berada dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam kem4l4ngan motosikal pada tengahari Isnin.

Perkara itu dimaklumkan pelakon Beto Kusyairy atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman yang memberitahu aktor itu masih dalam pemantaun doktor di hospital.

“Amanah daripada sahabatku, Azhan Rani. dvkacita ingin menyampaikan pada semua yang Azhan terlibat dengan kem4l4ngan motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas d1rinya.

BETO KUSYAIRY

PELAKON

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar,” kata Beto menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kem4l4ngan melibatkan Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Beto Kusyairy 🇲🇾 (@beto_kusyairy)

Azhan yang juga popular menerusi drama Nur tidak memuat naik sebarang perkembangan d1rinya di laman Instagram.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti seperti Nabila Huda, Ummi Nazeeraq, Pekin serta ramai lagi mendoakan agar Azhan diberikan kesembuhan cepat

Azhan 1

Azhan bersama dua buah motosikalnya.

Dalam pada itu, Beto turut menyampaikan permohonan maaf daripada Azhan yang tidak dapat menjawab semua panggilan serta mesej buat sementara waktu.

Tambah Beto lagi, Azhan juga bersyukur dan menghargai orang ramai yang mengambil berat terhadap d1rinya.

“Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, dia mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan serta mesej untuk sementara waktu ni.

“Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas d1rinya. Sama-sama kita doakan dia agar segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Azhan Rani kem4l4ngan motos1kal, kini dalam keadaan stabil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*