Isteri tr4uma akibat kem4lang4n, suami asal Tajikistan tiba-tiba minat nak beli motor… ramai ajak konvoi lepas viral, siap suruh beli RXZ

SETIAP pasangan pastinya melalui pengalaman yang berbeza-beza dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Begitu juga dengan Ikaa Rejab, 27, apabila dia berhadapan dengan obsesi suaminya terhadap motosikal sejak beberapa bulan lalu.

Menurut wanita itu, suaminya, Amal Sindarov, 28, yang juga warga Tajikistan tiba-tiba menyuar4kan hasrat untuk memiliki sebuah motosikal sejak beberapa bulan lalu.

“Suami tiba-tiba saja minat nak beli motor. Dia mula tengok video YouTube mengenai motor. Dia dah ada lesen kereta dan boleh bawa kereta, tapi sepanjang hidupnya dia tak pernah bawa motor.

“Pada September lepas, suami masuk sekolah memandu untuk ambil lesen motor, kemudian pada Oktober dia beli sebuah motosikal Honda Dash. Sekarang memang banyak naik motor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya zaman sekolah dulu pernah bawa motor. Tapi saya kem4l4ngan dan trauma sehingga ke hari ini. Sekarang saya naik motor dengan suami saja,” ujarnya.

Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Ika mendedahkan suaminya kini lebih selesa menggunakan motosikal setiap kali mahu keluar.

ika2

Kata Ikaa, suaminya kini lebih suka untuk keluar dengan menaiki motor.

“Sebelum ini, kalau nak makan biasanya order melalui FoodPanda atau Grab Food. Sekarang, cakap saja nak makan apa, terus dia pergi dengan motor.

“Suami kata dia rasa lebih bebas naik motor, pada masa sama dia tak perlu hadap keses4kan lalu lintas. Saya pun ikut naik motor sekali dengan dia.

Suami mudah sesuaikan d1ri. Dia senang nak masuk dengan budaya kita. Dia juga dah fasih cakap Melayu.

IKAA

“Kami hanya berdua, senang keluar dengan motor sekarang. Tapi saya tetap berat hati, sebab dah lama tak naik motor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ikaa turut terkejut apabila video mengenai minat suaminya itu meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

“Saya suka-suka kongsi video, terkejut bila tiba-tiba viral. Ramai yang komen minta suami upgarde beli motor Yamaha RXZ lepas ni. Ada juga yang ajak dia konvoi,” ujarnya berselor0h.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok.

ika4

Pasangan ini mend1rikan rumah tangga pada tahun 2018.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Ikaa berkata suaminya sudah berkelana ke Malaysia sejak tahun 2011.

Hubungan mereka akhirnya membawa kepada penyatuan sebagai suami isteri pada April 2018.

“Saya berasal dari Kedah dan bekerja pun di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang juga saya bertemu dengan suami. Dia study di Malaysia, dah datang sini sejak 2011.

ika3

Suami Ika membeli sebuah motosikal pada Oktober lalu.

“Awal kahwin dulu ada juga sedikit cabaran berkaitan perbezaan budaya antara kami. Tapi suami mudah sesuaikan d1ri. Dia senang nak masuk dengan budaya kita. Dia juga dah fasih cakap Melayu.

“Di sini, suami cakap bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Di negara asalnya, dia bercakap dalam bahasa Rusia. Saya ada cuba belajar, tapi sangat susah.

“Saya pun sehingga kini belum sempat berkunjung ke negaranya. Kami berkahwin tahun 2018, kemudian pandemik pula melanda. Tapi keluarga mentua pernah melawat kami di sini,” ujarnya.

Dedah Ika, dia bekerja sebagai setiausaha di Universiti Sains Malaysia (USM) manakala suaminya bertugas untuk syarikat teknologi Intel.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Isteri tr4uma akibat kem4lang4n, suami asal Tajikistan tiba-tiba minat nak beli motor… ramai ajak konvoi lepas viral, siap suruh beli RXZ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*