“Kalian S4kit Ot4k,”-Suami Nora Danish Beng4ng Nama Rina Harun Disvnting Lvc4h

Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyar4kat, Datuk Seri Rina Harun disebabkan tindakannya yang didakwa ‘berlakon’ mencuci simen bersih di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan alat penyembur air.

Tidak sahaja menjadi bahan jenaka dan dipersendakan ramai, kebenc1an melampau netizen terhadap Rina membawa kepada perbuatan tidak bertanggungjawab netizen mengubah kandungan profil Rina menggunakan perkataan luc4h, sebagaimana yang tertera dalam laman ensiklopedia Wikipedia.

Bagaimanapun, niat tidak menghalalkan. Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, suami kepada selebriti sensasi Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz tampil bersuara menegur tingkah laku segelintir netizen yang tergamak menyunting laman Wikipedia menteri berkenaan dengan perkataan tidak senonoh.

Nedim atau nama sebenarnya, Nedim Sujak Nazri Aziz menerusi Twitter berkata, menyunting laman Wikipedia Ahli Parlimen Titiwangsa itu dengan menokok tambah perkataan disifatkan luc4h bukanlah sesuatu yang kelakar.

“Pergi ke Wiki-nya dan menyunting benda meng4rut seperti dipaparkan tidak kelakar wahai kalian semua.

“Jangan buat perkara seperti itu. Kalau sampai tahap begini kalian bertindak dengan menyunting Wikipedianya, kalian memang ada masalah otak,” getusnya menerusi satu ciapan Twitter.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, meminta netizen yang bertindak menyunting atau mengubah kandungan Wikipedia menteri berkenaan agar berhenti daripada melakukan perkara demikian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)

Hal ini kerana, apa yang dilakukan itu boleh disabitkan atau disifatkan sebagai gangguan seksual.

“Ini (apa yang kalian lakukan) boleh disifatkan sebagai gangguan seksual. Tolong hentikan,” ciapnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)

Terdahulu, Rina menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan agensi di bawah kementeriannya iaitu Jabatan Kebajikan Masyar4kat (JKM) menjelaskan, tindakanya menggunakan alat penyembur air bagi misi bantuan b4njir adalah untuk membersihkan kesan n4jis unggas dan cicak yang dilaporkan sukar dicuci sebelum ini.

Rina turut menjadi mangsa ‘troll’ media sosial apabila ramai golongan celik platform digital tersebut mengesan dan membongkar ciapan-ciapan lamanya dalam Twitter sewaktu sebelum aktif berkecimpung dalam dunia politik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Kosmo


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalian S4kit Ot4k,”-Suami Nora Danish Beng4ng Nama Rina Harun Disvnting Lvc4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*