Pasukan penyelamat gigih buat pencarian, lelaki terjvn sungai rupa-rupanya dah selamat balik rumah

KEJADIAN seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari jambatan Sungai Besut, Terengganu pada Rabu ternyata menggemparkan penduduk setempat.

Namun ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), lelaki itu rupa-rupanya sudah pulang ke rumah.

Lelaki berusia 56 tahun itu mend4kwa, selepas terjvn dan ‘menyegarkan’ d1ri di sungai itu, dia pulang ke rumahnya yang terletak di Lay Out Padang Luas, Jerteh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, perkara itu dimaklumkan isterinya susulan hebahan di laman sosial mengenai operasi SAR di jambatan berkenaan.

Katanya, wanita berusia 53 tahun itu bersama anaknya kemudian datang ke balai polis kira-kira jam 9.30 pagi pada Khamis untuk menceritakan hal sebenar.

“Isteri mngsa ternampak status di Facebook dan c1ri-c1ri pakaian individu berkain pelikat yang didakwa terjatvh dari jambatan sama seperti dipakai suaminya ketika kejadian.

“Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Besut untuk menerima rawatan selepas mengadu s4kit-s4kit badan kerana terjvn sungai,” katanya.

Azrol Anuar berkata, siasatan mendapati punca sebenar lelaki itu bertindak terjvn dari jambatan adalah kerana tidak tah4n panas.

“Lelaki berkenaan mendakwa badannya panas pada setiap jam menyebabkan dia berasa tidak tahan lalu nekad terjvn dari jambatan pada waktu tengah hari,” katanya.

Pada Rabu, seorang pengguna jalan raya membuat laporan polis selepas ternampak lelaki berkenaan terjatvh jambatan menerusi cermin sisi keretanya kira-kira jam 1.55 petang. – Sinar Harian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pasukan penyelamat gigih buat pencarian, lelaki terjvn sungai rupa-rupanya dah selamat balik rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*