Ceramah Oki Setiana Dewi Suruh Isteri Tutup 4ib Suami Jadi Perdeb4tan Netizen

Artis Indonesia, Oki Setiana Dewi menjadi sorotan netizen apabila sepotong videonya berceramah tentang kegan4san rumah tangga tul4r di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok Oki sendiri pada 2 Februari lalu, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu menceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang tinggal di Jeddah, Arab Saudi, yang mana suaminya telah memvkul wajah isterinya ketika berlaku pertengk4ran.

Pada masa sama, orang tua isteri itu singgah dan bertanya khabar mereka. Namun, isteri itu menutup kes keker4san suami terhadapnya.

Isteri hanya perlu diamkan diri?

“Ada sebuah kisah di Jeddah, suami isteri bertengk4r. Suaminya mar4h pada isteri, dipukvlnya wajah isteri. Kemudian isterinya menangis, tiba-tiba terdengar loceng pintu rumah.

“Ketika dibuka pintu dalam keadaan mata sembab, tertanya ibunya yang datang. Suaminya dari jauh risau jika isterinya mengadu pada mentuanya bahawa dia baru dipvkul.

“Orang tuanya bertanya pada wanita berkenaan mengapa menangis namun si isteri mengatakan dia berdoa pada Allah dan menangis kerana rindukan ibu dan bapanya,” kongsi Oki.

Kisah itu disimpulkan Oki dengan pertanyaan bagaimana harus bertindak dalam situasi sedemikian dan berpendapat bahawa setiap pasangan tidak perlu meng4ibkan pasangan sendiri.

“Isterinya boleh mengadu pada orang tuanya baru dipvkul dan ada kegan4san rumah tangga.

“Biasanya perempuan suka bercerita hal yang berlebih-lebihan gitu. Tapi isterinya mengatakan hal sebaliknya. Suaminya lulvh hatinya apabila isteri menyimpan 4ibnya sendiri. Luar biasa. Makin sayang dan cinta suami itu.

“Jadi tak perlulah cerita-cerita yang sekiranya meng4ibkan pasangan kita sendiri,” lanjutnya.

 

Hal itu mengvndang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan beranggapan pendapat Oki itu tidak berasas.

Netizen persoalkan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dikatakan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi dan menjelaskan kegan4san yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, mereka turut akui ‘terkejvt’ dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kredibiliti Oki selaku pendakwah yang disegani ramai.

“Saya ada tengok video pendakwah Indonesia, Oki yang mengatakan isteri tutup 4ib suami walaupun dipvkul suami. Mungkin nak tonjolkan peranan isteri jaga 4ib.

“Tapi, nasihat saya kepada isteri di luar sana, kalau suami sudah mula naikkan tangan ke wajah, buat terus laporan polis,” ciap seorang pengguna di Twitter.

“Tapi the message tu nampak sangat berat sebelah “isteri kene jaga 4ib suami”,” tambah individu lain.

“Dalam kursus kahwin harap ada cerita tentang 4ib yang boleh diceritakan dan 4ib yang tak boleh diceritakan. Islam tak kej4m. Bila j4hil, senang dip1jak,” ulas pengguna lain pula.

“Ya, isteri untuk disayangi bukan ditangani,” sahut pengguna lain.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ceramah Oki Setiana Dewi Suruh Isteri Tutup 4ib Suami Jadi Perdeb4tan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*