TengkuZafrul Ded4h Sebab Sebenar Kenapa Dia Tak Luluskan Pengeluaran KWSP KeranaB4njirr. Diberitahu

Semua pihak termasuk mereka yang terk3san dengan pandemik cov1d-19 dan benc4na alam seperti b4njir, tidak boleh melihat simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penyelesaian kepada sesuatu cabaran yang dihadapi.

Sebaliknya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apabila Kerajaan membenarkan tiga program pengeluaran khas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, ia hanya sebagai langkah jangka masa pendek dan bersifat sementara akibat p4ndemik cov1d-19 berikutan tidak pernah berlaku p4ndemik seumpama ini yang memberi impak kepada seluruh dunia.

Beliau berkata, ketika ini, ada pihak yang menuntut lebih banyak pengeluaran KWSP dibenarkan, berikutan pihak terbabit melihat ia sebagai modal politik mudah.

Namun, katanya, tuntutan sedemikian tidak dibuat dengan sikap bertanggungjawab dan secara melulu tanpa analisis dan perkiraan rapi.

“Kita tidak boleh membenarkan pengeluaran KWSP untuk semua benc4na. Hampir setiap tahun negara dilanda b4njir. Mungkin akan ada benc4na lain seperti tanah runtuh, keb4kar4n dan sebagainya.

“Kalau untuk setiap benc4na ini kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ini tidak tercapai matlamatnya.

“Hakikatnya hampir 50 peratus atau kira-kira 6 juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, ketika ini, ada ahli KWSP yang sudah membuat pengeluaran sehingga RM71,000 melalui tiga pengeluaran khas berkenaan dengan jumlah k3seluruhan membabitkan angka RM101 bilion.

Beliau berkata, jika Kerajaan terus membenarkan pengeluaran khas demikian tidak diketahui apa yang akan terjadi padi simpanan hari tua pencarum terbabit.

Katanya, golongan terbabit tidak akan mendapat faedah jika pengeluaran tambahan i-Citra seperti yang didesak sesetengah pihak itu membabitkan simpanan sebanyak RM10,000, dibenarkan.

Malah, beliau berkata, 74 peratus daripada golongan ini adalah golongan Bumiputera.

“Lebih membimbangkan lagi 79 peratus daripada golongan yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 juga adalah Bumiputera.

“Percayalah dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan saja jangka pendek tapi juga k3sejahteraan jangka panjang iaitu anak cucu kita kelak,” katanya.

Dalam membantu mangsa benc4na termasuk b4njir yang berlaku baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, secara k3seluruhannya banyak bantuan dihulurkan kerajaan bagi membantu rakyat.

Katanya, antaranya bagi membantu aliran tunai golongan B40 dan M40, kerajaan sudah menyalurkan bantuan berjumlah RM10 bilion melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas cov1d-19 (BKC) dan juga Bantuan Kehil4ngan Pendapatan (BKP) yang dimanfaatkan kira-kira 11 juta penerima.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan turut menyalurkan bantuan wang ihsan yang ditingkatkan kepada RM1,000 kepada mangsa banjir baru-baru ini serta pelbagai jenis bantuan lain seperti bantuan untuk membeli perkakasan elektrik, bantuan untuk membaiki kenderaan, diskaun sehingga 50 peratus terhadap alat ganti kereta, pembiayaan dengan kadar 0 peratus moratorium dan banyak lagi.

“Tujuan KWSP adalah tidak lain dan tidak bukan untuk persediaan masa tua. Apabila kudrat terus bekerja mula berkurangan.

“Perlu kita ketahui adalah amat penting rakyat kita memiliki persediaan hari tua kerana tidak lama dari sekarang, iaitu pada tahun 2030 Malaysia dijangka mencapai status negara tua

“Ini bermaksud jangka masa lapan tahun saja golongan pesara dan warga tua akan merangkumi 15 peratus atau lebih 5.3 juta dari penduduk negara. Lapan tahun lagi bukanlah lama. Ini bermakna mereka akan memerlukan simpanan yang lebih banyak untuk membiayai sara hidup selepas bersara,” katanya.

VIDEO:

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "TengkuZafrul Ded4h Sebab Sebenar Kenapa Dia Tak Luluskan Pengeluaran KWSP KeranaB4njirr. Diberitahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*