“Sy Pernah Sponser GV, Sy Tahu Mainan Ini”- Vida Dedah Ada Unsur Pilih ‘Bulu’ Pnyingkiran Apek Dan Yassin

PERJUANGAN kumpulan Sa Ya di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berakhir apabila tersingkir di peringkat suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Sa Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita terpaksa akur dengan keputusan juri yang menegur vokal mereka.

“Ini adat pertandingan. Kami pelawak pertama sertai GV. Kami dalam proses belajar.

“Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaiki persembahan di pentas. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.

“Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah,” ujar Saiful mewakili Sa Ya.

Keputusan suku akhir menyaksikan Suki Low yang membawa lagu Korea berjudul You Are My Everything berada di kedudukan pertama dengan markah 78.9 peratus diikuti oleh Aliff Aziz (76.8) dan Aweera (73.0) di tempat ketiga.

Peserta lain yang turut mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Sementara itu bagi Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Anugerah Bintang Cuckoo dimenangi oleh Nikki Palikat.

Pusingan suku akhir GV8 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang dan dua juri jemputan iaitu Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk Norman Abdul Halim.

GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Untuk tugasan separuh akhir bertemakan Lagu Untukmu, peserta akan menyanyikan lagu pilihan juri.

Susulan dengan penyingkiran kumpulan saya, rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Dato Vida turut memberikan komen sperti berikut:

SAYA RASA ADA MASALAH GV MINGGU PENTING NI..TOWARDS KE SEPARUH AKHIR.. SA.YA PERFORMANCE ADA X FACTOR MALAM NI..

SHIDEE PULA NAK DI SIMPAN ..NAK SELAMATKAN ….NAMPAK SANGAT PILIH BULU..BULU PAHAT TAK KELUAR SUARA..TAPI DISIMPAN..?A

TAS DASAR APA?..LAGEND? KALAU DAH SAH SAH PANCIT ? NAK SELAMATKAN LAGI?, YANG BAGUS DI SINGKIRKAN..

ADAKAH SEBAB MEREKA PELAWAK..MENJADI FILLER JER DALAM GV..TIBA TIBA LAIN JADI..MEREKA BERUSAHA BAIKI KELEMAHAN MEREKA..

AKHIRNYA HASILKAN GREAT IMPROVEMENT SETIAP MINGGU…SAYA TAHULAH..MAINAN NI..SAYA MANTAN SPONSER GV

Komen Netizen:

INI KATA KATA TOKRAM SELEPAS KUMPULAN SAYA TERSINGKIR GEGAR VAGANZA. DIA BERITAHU SEBAB SEBENAR MEREKA DIKELUARKAN

Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS mendedahkan penyingkiran kumpulan Sa.Ya pada malam Ahad lalu adalah disebabkan k3salahan pada teknik nyanyian, khususnya pada bahagian harmoni.

Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkata, banyak nota nyanyian yang dilantunkan oleh Sa.Ya kedengaran sumbang menerusi persembahan mereka pada malam berkenaan.

“Kumpulan Sa.Ya merupakan seorang pelawak dan bukan seratus peratus penyanyi. Saya pernah memberitahu mereka yang masa mereka akan ‘sampai’ dan ternyata, malam ini (malam konsert Gegar Vaganza 8) mereka tersingkir.

“Bagi saya, mereka melakukan banyak k3silapan, terutama pada nota-nota nyanyian yang sumbang dan k3salahan pada teknik harmoni,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Tok Ram berkata, Sa.Ya yang terdiri daripada Saiful Apek dan Yassin Yahya itu boleh meneruskan karier nyanyian mereka. Namun, pasangan duo itu memerlukan masa yang lebih lama untuk benar-benar matang sebagai penyanyi.

“Hampir seluruh karier mereka berada dalam lingkungan lawak dan komedi dan menyanyi merupakan hal nombor. Bagi saya, jika mereka ingin terus menyanyi, mereka perlukan sekitar 10 hingga 15 tahun lagi untuk benar-benar bersedia.

“Tapi, it’s ok. Mereka boleh teruskan. Saya gembira dengan mereka kerana mereka merupakan artis yang bertanggungjawab. Setiap tugasan yang diberi dilaksanakan, walaupun tidak mencapai piawaian,” katanya lagi.

VIDEO:

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sy Pernah Sponser GV, Sy Tahu Mainan Ini”- Vida Dedah Ada Unsur Pilih ‘Bulu’ Pnyingkiran Apek Dan Yassin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*