Sebab Gegar Vaganza, Vida & Iqbal ‘Berper4ng’, B0ngkar Rahsia Masa Iqbal Zaman Sekolah

Nama usahawan Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli kembali menjadi bualan ramai selepas mereka ‘berper4ng’ di media sosial.

Saling balas komen

Pertelingkahan ini berpunca daripada komen Iqbal terhadap satu status sebuah portal berita mengenai tajaan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Biarpun Iqbal tidak menyebut nama, Vida dilihat terasa lantas’naik h4ntu’. Vida membalas komen itu dengan mengec4m kenyataan Iqbal dan mend4kwa usahawan itu sudah ‘lupa daratan’.

Tidak mendiamkan diri, Iqbal membalas dengan menyatakan dia sedang diuji sekali lagi.

Eh kenapa tiba-tiba terasa? Saya langsung tak mention (sebut) nama pun dan langsung tak tuju ke situ. Allahuakbar. Ujian lagi buat saya.

Tanggung dari zaman sekolah lagi

Terbaru, Vida ada membuat siaran langsung di Instagram (IG) miliknya, lewat malam tadi. Turut bersama dengan Vida adalah pembantunya dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie.

Vida mendedahkan dia merupakan individu yang menanggung Iqbal sejak sekolah lagi namun balasan yang diterima adalah sindiran dan kutukan.

Nak gaduh sangat kan, aku boleh ja buka cerita pasal mu (Iqbal) tu. Aku meniaga sampai banyak rugi. Mu tak tau semua tu. Aku tanggung mu (Iqbal) dari zaman sekolah lagi. Perbelanjaan sekolah tiap minggu aku la bayar. Aku tak suka marah-marah, takut tekanan darah tinggi.

Sedih aku.. Aku dah tolong, mu mengata aku meniaga dekat televisyen. Aku dah tabur macam-macam, ilmu bagai. Tolong sedar diri. Kalau bukan sebab aku, mu ingat ada orang nak pandang mu?

Sekarang mu dah tersohor, satu dunia kenal, mu campak aku! Aku pecat dia sebab perangai hodoh la. Darah dah naik ke bulan. Aku ni banyak dah sabar. Mu suka orang luar tengok perangai aku macam ini!

Hasil pemerhatian OhBulan!, selepas Vida meng4muk, Iqbal dilihat sudah tidak mengikuti (unfollow) akaun media sosial pelantun lagu Lavida Raya itu.

Terdahulu dalam ruangan komen terhadap status portal berita itu, Iqbal memuji penaja GV musim ini yang sangat bagus dalam mengendalikan program.

Iqbal intai peluang taja ‘Gegar Vaganza’ musim depan… Mahu bawa kelainan 200 peratus

USAHAWAN kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV), musim hadapan.

Mendedahkan mengenai perancangannya itu, Iqbal, 27, berkata sejak awal tahun 2021 dia sudah mengintai peluang untuk menaja program berkenaan namun rezeki masih belum memihak kepadanya.

“Sepatutnya tahun ni saya nak taja GV, saya dah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen (TV) tapi sebab dah ada penaja lain yang ambil dulu jadi terlepaslah peluang itu.

“Dalam banyak-banyak program hiburan, saya nampak GV ada pasaran luas, memang dah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah ni kurang sambutan penonton.

“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi masih ramai orang belum tahu apa produk saja jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia mahu menaja program nyanyian terbitan Astro itu bukanlah kerana mahu bersaing dengan mana-mana pihak termasuklah bekas majikannya yang juga merupakan penaja musim terdahulu, Datuk Seri Vida (DSV).

Sebaliknya, dia mahu menggunakan platform rancangan itu untuk mempromosikan perniagaannya di samping membantu penyanyi-penyanyi lama.

Jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan.

“Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun ya. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia.

“Cuma buat masa ini belum ada rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja. Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti…. mahu bantu mereka tingkatkan strategi marketing kerana hal ini juga penting dalam masa sekarang.

“InsyaAllah kalau musim akan datang saya diberi peluang, saya akan bawa kelainan, saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang.

“Tapi jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita horm4t1 kru-kru dan cuba bantu industri,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber: Instagram @datoserivida

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sebab Gegar Vaganza, Vida & Iqbal ‘Berper4ng’, B0ngkar Rahsia Masa Iqbal Zaman Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*