“Mereka mahu membolot Search bersama pihak ketiga” Amy ded4h punca Search berg0lak

Kuala Lumpur: Penyanyi rock legenda, Amy Search mend4kwa, sikap tidak profesional dua pemain gitar Search, Noordin dan Kid menjadi punca dia mengundurkan diri dan akan terus menggunakan nama kumpulan ikonik legenda itu untuk barisan baharu yang turut dianggotai Nasir Daud (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar).

Buat kali pertama membuka mulut membicarakan isu persengk3taan yang berlaku selepas sekian lama mendiamkan diri, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 63, mengakui k3sabarannya tidak mampu dibendung selepas berlaku ins1den kemuncak kepada segala kekec3waan terhadap dua pemain gitar adik-beradik itu.

“Bukan saya menjadi punca terhadap segala kontroversi berlaku, merekalah pencetus. Cuma, sebelum ini, saya mengambil sikap mendiamkan diri.

“Namun, sebagai manusia, k3sabaran saya tetap batasannya. Sejujurnya, saya sudah tidak boleh tahan dengan kerenah mereka yang disifatkan keterlaluan.

“Gagal hadir latihan dan sesi promosi album serta konsert sudah menjadi perkara biasa. Bayangkan, ketika rakaman album Katharsis, Noordin tidak menghabiskan rakaman.

“Perbuatannya jelas menggambarkan betapa dia tidak hormat penerbit album iaitu Datuk M Nasir dan anggota Search lain termasuk individu melabur pembikinan album, Datuk Zaharul.

“Saya bukan tidak matang seperti yang did4kwa, tetapi saya sudah bosan melayan kerenah Noordin dan Kid yang lebih banyak menyusahkan,” katanya.

Menurut Amy, paling membuatkan dia bengang apabila Noordin memberikan alasan tidak masuk akal mengenai kehil4ngannya ketika sesi rakaman album Katharsis.

“Datuk Zaharul minta kami menyelesaikan pembikinan album dengan segera disebabkan kos dikeluarkan melebihi bajet asal. Namun, apa yang berlaku kelibat Noordin langsung tidak kelihatan dari jam 6.30 petang sehingga lewat malam.

“Apabila ditanya, dia memberikan alasan keadaan studio sudah gelap membuatkannya memutuskan pulang. Adakah anda rasa jawapan diberikan cukup matang untuk pemuzik sepertinya,” katanya.

Bapa kepada pelakon dan pengacara popular, Nabila Huda itu berkata, konflik dalaman Search timbul disebabkan campur tangan pihak ketiga yang cuba ‘menunggang’ nama Search demi kepentingan peribadi.

“Tindakan pihak ketiga ini mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan netizen terutama peminat Search. Sebagai band berpengalaman selama 40 tahun, kami amat terbuka dalam soal perniagaan.

“Susulan itu, saya dan Nasir berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan Search daripada j4tuh ke tangan pihak yang tiada kena-mengena,” katanya.

Amy berkata, dia terpanggil bertemu Nasir selepas kerap memujuknya kembali ke pangkuan Search.

“Perjumpaan penuh makna ini dipenuhi dengan perbincangan mengenai keadaan Search ketika itu. Saya menuntut beberapa syarat jika mahu saya kembali. Antara syarat, Search harus kembali ke pangkal jalan iaitu bersama anggota asal yang pernah bersama sejak 1981 demi meneruskan legasi Search. Jujurnya, saya bahagia bersama barisan anggota asal Search ini,” katanya.

Ditanya adakah kemungkinan konflik tercetus akan berakhir, Amy mengakui perkara itu agak mustahil untuk berlaku selagi Noordin dan Kid terus membangkitkan soal hak yang tidak sepatutnya menjadi isu.

“Kontroversi ini tidak akan berakhir selagi mereka terus membangkitkan isu hak, sedangkan saya sendiri tidak pernah buka mulut mengenai soal hak atau mempertikaikan hak orang lain. Ini kerana segala hasil kerja Search adalah hak bersama, selama ini.

“Jadi, apabila mereka asyik bercerita soal hak, saya lebih selesa mendiamkan diri. Mereka bukan tidak tahu, sebenarnya ia adalah hak bersama. Hak saya, arw4h Yazit, Nasir dan sesiapa saja yang terbabit atas nama kumpulan ini,” katanya.

Sementara itu, Nasir turut mempersoalkan tindakan dua beradik itu yang terus menggunakan nama Search untuk meneruskan ‘survival’ dalam bidang seni.

“Merujuk dua bekas anggota yang menggunakan nama Search nyata mereka masih bergayut pada jenama Search.

“Noordin dan Kid tidak yakin dengan kemampuan diri. Apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka mahu membolot Search bersama pihak ketiga.

“Mereka berboh0ng dan merosakkan jenama yang pernah berpayung. Saya harap mereka sedar apa yang dilakukan. Search hanya satu. Selain itu, hanya Search palsu,” katanya.

KUMPULAN Search ketika sidang media Pengumuman Penyanyi Baru Search & Pembukaan Search Rock Station di Kompleks Campbell. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

‘Gunalah nama Search, kami okay. Tak perlu g4duh-g4duh’ – Noordin & Kid Search

Kuala Lumpur: “Kami tidak pernah menolak mereka (Amy dan Nasir). Kita tak tahu akan datang jadi apa, kita berharap sajalah. Kami terpaksa teruskan Search kerana kumpulan ini masih ada peminat. Rugi kalau kita tak teruskan,” kata pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib.

Persoalan ini diajukan berikutan pemain bass, Nasir dan bekas penyanyi mereka, Amy turut menggunakan nama Search dalam projek lagu terbaharu mereka yang menampilkan bekas pemain gitar Search, Man Kidal dan Hillary Ang.

Noordin berkata, dia sebenarnya tidak terfikir untuk mengambil Search menjadi miliknya.

“Memang tiada niat pun, tapi ia berlaku atas tindak tanduk mereka sendiri. Saya bukan nak nama tapi hanya nak jadi pentadbir Search disebabkan selama ini pengurusan tidak bagus.

“Empat orang yang tinggal dan bila seorang berundur, habis yang tiga ini takkan nak duduk diam. Kita kena jana pendapatan. Kami berhak guna nama Search sebab kami tak pernah keluar. Kita tak payah pergi mahkamah pun untuk selesaikan isu ini,” katanya dalam sidang media Pengumuman Penyanyi Baru Search & Pembukaan Search Rock Station di Kompleks Campbell, di sini, semalam.

Mengulas persoalan mereka dikatakan tidak berdisiplin yang menjadi punca konflik, Kid berkata, ia tiada kaitan dengan apa yang berlaku.

“Itulah yang saya tak nak sentuh sangat kerana antara kami boleh berhubung untuk selesaikan itu dan tak perlu babitkan pihak lain pun.

“Itu isu dalaman dan nanti balas membalas akan berpanjangan. Kami ambil pendirian biarlah fokus pada apa yang dibuat sekarang,” katanya.

Menurut Noordin, isu disiplin sebenarnya tidak timbul sebelum ini.

“Kenapa hanya baru-baru ini? Bila jadi begini dia melangkaui isu lain. Mereka cuba cari alasan yang lain. Saya pernah tanya mereka, kamu jawab soalan saya. Jangan saya tanya lain dijawab lain. Soalan saya semasa buat ‘live’ mereka tak jawab. Sampai sekarang mereka tak jawab sebaliknya cerita benda lain. “Jawab soalan saya dan saya boleh jawab balik apa mereka kata. Ia tiada mengena dengan disiplin atau yang lain. Sebab mereka kena rujuk balik apa yang saya buat ‘live’ dan yang keluar dalam program Melodi,” katanya.

Noordin dan Kid bagaimanapun tidak mahu berg4duh dan minta semua pihak mendoakan yang baik-baik dalam isu ini.

“Kami pun malu bila dihentam di Facebook. Kami terasa sebenarnya kerana kami ibarat satu keluarga. Mereka nak gunakan nama itu okaylah. Kita fikir yang baik-baik, tiada masalah pun. Doa yang baik-baik. Jangan timbulkan isu. Kami bukan nak bergaduh.

“Pengasas mungkin main satu, dua atau tiga album, tapi saya main lapan album. Siapa yang lebih layak? Secara logiknya inilah jawapannya,” kata Kid.

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan penyanyi Indonesia, Denden Gonjales sebagai penyanyi baharu Search, Noordin berkata, dia menjumpai Denden di YouTube.

“Dia banyak ‘cover’ lagu Search seperti Isabella dan hil4ng Dalam Terang. Saya tengok dia memang kena. Kriteria dia cenderung ke arah rock juga. Suara dia sesuai kerana kami perlukan penyanyi bernada tinggi. Kebanyakan lagu-lagu Search bernada tinggi,” katanya.

Kid pula berkata, semua sedia maklum Search sekitar 21 tahun dulu adalah satu nama besar di Indonesia.

“Kami pilih Denden bukan kerana tiada penyanyi Malaysia. Kita ada ramai penyanyi berbakat, tapi kita kena faham. Ini adalah misi kami untuk ke luar negara. Denden pernah beritahu orang di Bulgaria pun kenal Search,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Mereka mahu membolot Search bersama pihak ketiga” Amy ded4h punca Search berg0lak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*