Romantiknya! Pengakuan Cinta Ebit Lew Buat Netizen Bersemut

Muat naik terkini di Instagram pendakwah terkenal tanah air, Ebit Lew menarik perhatian orang ramai di media sosialnya. Video percutian bersama keluarga serta momen berdua bersama isteri tercintanya di Icel4nd, membuatkan orang ramai cemburu melihat detik manis pasangan ini.

Luahan Cinta Untuk Bidadari

Tidak cukup berkongsi momen manis dan romantis bersama isteri, pendakwah ini membuat luahan cinta pula yang di kongsikan dalam kapsyen posting tersebut.


Foto – Instagram @ebitlew

“Aurora. Rezeki berjumpa aurora bersama bidadari dan keluarga tercinta…

Cantiknya. Subhanallah. Alhamdulillah. Rezeki. Segala puji bagi Allah.

Bidadariku, I love you sayang.

Dunia berubah. Tapi cinta kita sampai syurgan dengan izin Allah. Setiap hari abang jatuh cinta padamu bidadariku.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Bidadari yang berada disisi. Berkorban berjuang dari mula kita berkenalan sehingga hari ini. Melalui perjuangan ini tak senang tapi ini perintah Allah sampai kita pejam mata dari dunia ini.

I love you bidadariku sayang.” tvlisnya

Netizen Doakan Yang Terbaik

Melihat video percutian keluarga dan membaca luahan cinta pendakwah ini di Instagram, membuatkan orang ramai berkongsi pelbagai komen menarik serta mencuit hati di ruangan komen posting tersebut.


Foto – Instagram @ebitlew

“MasyaAllah. Tabar4kallah… Seronok tengok keluarga bahagia ustaz”

“Alhamdulillah ustaz semoga berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin”

“Ya Allah ustaz.. Seronoknya bercuti dengan keluarga tercinta. Apatah lagi dengan seorang bidadari hidup ustaz yang sangat penyabar”

“Subhanallah… Indah coretan ustaz.. Meremang bulu saya.. Semoga para suami di luar sana… Semoga jatuh cinta setiap hari dengan para isterinya juga… Pasti Allah tambah sayang… Allah gandakan rezeki berlimpah.. Aamiin”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Romantiknya! Pengakuan Cinta Ebit Lew Buat Netizen Bersemut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*