“Shuk Gig1t Jari Ke Tu?” Penampilan Terkini Isterinya, Rossa Sera Tarik Perhatian Ramai

Penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing selepas berjaya menurunkan berat badan lebih 10 kilogram.

Menerusi perkongsian terbaru, Serra ada memuat naik video mempromosikan produk. Kata Serra lagi, dia tidak percaya dia kini boleh tampil cantik.

“S4kit sangat dih1na. Dipandang rendah, penat kena ej3k. Jangan berharap pada orang, sekarang alhamdulillah dah turun lebih 10 kg,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu video lain, Serra turut berkongsikan video perbandingan sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut.

Perkongsian Serra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Serra dilihat semakin cantik dan bergaya.

Dalam pada itu, ramai memberikan kata semangat supaya terus pandang ke hadapan dan kuat untuk menempuh dugaan rumah tangga.

Awal November, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

“Apa-Apa Jadi Pada Aku, Kau Puncanya! “ – Ish! Lain Macam Ucapan Selamat Hari Jadi Shuk Sahar Untuk Sera…

Rossa Sera, isteri kepada pelawak kontroversi Shuk Sahar mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi sebuah hantaran di ruangan InstaStory, Rossa Sera atau lebih mesra dengan panggilan Sera telah berkongsi tangkap layar mesej dikirim Shuk menerusi aplikasi Whatsapp.

Namun apa yang menarik perhatian ialah, menerusi mesej tertera Shuk dilihat seperti sedang cuba untuk mengajak isterinya berbincang namun tidak dilayan.

Shuk turut memberitahu kepada Sera supaya jangan menyesal sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya.

“Kau takkan faham apa sebenarnya aku buat selama ni. Aku mintak kita ke Sabah, aku nak ceritakan semuanya kau tak nak dengar.

“Takpe Sera kau ingat ye…Apa-apa jadi pada aku selepas ni jangan kata tak ada kaitan, kau ingat Sera kau puncanya, terima kasih,” tulis Shuk seperti meluahkan rasa tidak hati.

Pada akhir kata-katanya Shuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Sera sambil mendoakan isterinya itu.

“Selamat hari jadi aku doakan kau panjang umur, murah rezeki dan dipanjangkan usia untuk anak-anak aku sebab kau tetap ibu anak-anak aku,” ucapnya.

Seakan tidak mahu melayan ‘bebelan’ Shuk, Sera hanya membalas ringkas mesej tersebut dan mengucapkan terima kasih.

“Thanks for the wish ayah Ain dan Amy. Take care,” katanya sinis.

Masalah rumah tangga Shuk dan Sera kembali hangat diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu apabila isterinya itu mend4kwa pelawak tersebut kembali curang bersama wanita bernama Fara Salleh.

Spekulasi juga mengatakan Shuk dan Sera sudah lama tidak tinggal sebumbung dan sedang dalam proses penceraian.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Akibat kontr0versi rumah tangga yang dianggap mencemarkan imej karier, Shuk menerima padah apabila dipecat daripada terus menjadi penyampai radio Hot FM.

sumber: astro gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Shuk Gig1t Jari Ke Tu?” Penampilan Terkini Isterinya, Rossa Sera Tarik Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*