“Now Dah Famous,” Pernah TuIar Cuci Ikan Guna Berus Gigi, Gadis Ini Tak Peduli Dianggap Peng0tor

Setiap orang mempunyai cara tersend1ri untuk membersihkan ikan, ayam, udang dan lain-lain. Sebenarnya, mana-mana cara pun boleh diikut asalkan ianya bersih dan tidak memudaratkan.

Baru-baru ini seorang wanita menjadi perhatian ramai gara-gara mencuci perut ikan menggunakan berus gigi.

Ekoran itu, wanita yang lebih dikenali sebagai Syifa’ Che Wang Hanafiah @ Jamil menerima pelbagai permintaan untuk menghasilkan lebih banyak video menyiang ikan dan menjadikan dia sebagai tempat rujukan pengikutnya.

Bukan sahaja ianya menambah pengetahuan kaum hawa namun secara tidak langsung dapat membantu golongan lelaki untuk menyiang pelbagai jenis ikan.

Siapa sangka, kini dia memiliki hampir setengah juta pengikut walaupun pernah dikecam kerana mencuci perut ikan menggunakan berus gigi.

Memetik laporan mStar, wanita ini menjadikan perkara tersebut sebagai pembakar semangat serta mengendahkan segala kcaman dan terus membuat content di aplikasi TikTok sehingga berjaya menjana pendapatan.

“Masa kena kcam memang ada rasa down sampai nak padam akaun TikTok sebab ada kata saya pengotor sebab pakai berus gigi dan sebagainya.

“Tapi saya tetap teruskan sebab dalam yang tidak suka, ada yang mendapat manfaat daripada perk0ngsian itu,” katanya

“Saya tidak terfikir sebab nak popular tetapi apabila membaca komen pengikut Che Nom yang mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki sebab berk0ngsi ilmu, saya jadi terinspirasi dan ingin mengikut jejak langkahnya,” ujarnya lagi.

Ibu terI4ntar sak!t

Siapa sangka, dalam kegembiraan dan kejayaan wanita hebat ini, sebenarnya tersembunyi pelbagai kesed1han termasuk ibu tersayang berusia 70 tahun ini terIantar sak!t akibat pnyakit osteoarthritis dan memerlukan bantuan untuk menguruskan d1ri termasuk menyuap makanan.

“Ada hikmah saya belajar secara dalam talian di rumah kerana saya dapat menjaga ibu yang sak!t dan memberi perhatian penuh kepadanya apatah lagi adik-beradik lain ramai yang duduk jauh.

“Dalam tempoh PKP ini juga saya turut berfikir cara untuk menambah pendapatan keluarga dan Alhamdulillah video yang tuIar telah membuka ruang kepada saya untuk mencari rezeki,” jelasnya yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.

Rezeki tidak pernah salah alamat, namun wanita berusia 25 tahun ini bagaimana pun bersyukur kerana perk0ngsiannya mendapat perhatian ramai sehingga meraih 100,000 pengikut baharu hanya dalam tempoh sebulan.

Dia mula jana pendapatan apabila adanya pelbagai tawaran untuk membuat review daripada jenama-jenama besar.

“Pada mulanya saya tidak berani untuk terima tawaran tersebut tetapi bila fikir balik, saya memerlukan wang untuk kelangsungan hidup dan menanggung kos pembelajaran.”

“Saya anggap ia sebagai rezeki dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan dapat menampung kos perubatan dan keperluan ibu saya,” katanya.

“Saya memang suka memasak tapi biasanya saya hanya akan kongsi di Instastory sebab kualiti video pun biasa sahaja. Bila saya tengok balik pun macam tak sangka jauh beza video dahulu dan sekarang.”

“Tapi masa tu sebab saya memang minat memasak jadi saya kongsi untuk bagi kawan-kawan tengok. Masa tu pengikut di Instagram pun tak ramai,” katanya.

Dia juga memaklumkan bahwa sebelum ini, rakan-rakannya mencadangkan untuk membuat akaun Youtube bagi mengembangkan lagi bakatnya dalam memberkan ilmu dan tips masakan.

Namun disebabkan dia sibuk dengan pengajian secara dalam talian dan menjaga ibunya yang sedang sak!t, dia memilih TikTok sebagai medium berk0ngsi video kerana ia tidak mengambil masa yang panjang seperti content di YouTube.

“Tujuan saya buat content ni bukan nak kejar populariti. Tapi lebih kepada mahukan doa yang baik-baik dari semua yang menonton video-video saya.”

“Bagi saya apa yang penting jadi d1ri send1ri serta tidak tak0t mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya. – Sumber dipetik dari Yoy Network

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Now Dah Famous,” Pernah TuIar Cuci Ikan Guna Berus Gigi, Gadis Ini Tak Peduli Dianggap Peng0tor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*