Di Nobat Juara Gegar Vaganza 8, Bawa Pulang RM100,000. Ini Kisah Aliff Aziz Yg Ramai Tak Tahu

Konsert akhir Gegar Vaganza Musim ke-8 (GV8) menyaksikan Aliff Aziz bergelar juara. membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi kemenangan tajaan Astro.

Tempat kedua dimenangi oleh Niki Palikat dan Suki Low berjaya merangkul tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan malam ini.

Tempat keempat pula menjadi milik Adibah Noor , Azan Scan di tempat ke-5 dan Aweera menduduki di tempat ke-6.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GegarVaganza musim kelapan bersiaran secara langsung dari Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Cliff Umar Pernah Ramal Aliff Aziz Bakal Juara GV8!

Terdahulu Juara Gegar Vaganza 7 (GV7), Cliff Umar meramalkan penyanyi berasal dari Singapura, Aliff Aziz bakal menyandang gelaran juara GV8 tahun ini.

Namun, Cliff beranggapan Aliff punyai pencabar terdekat iaitu Nikki Palikat, Adibah Noor dan Suki Low sepanjang perjalanan GV8.

“Ramalan saya mungkin Aliff Aziz bakal jadi juara. Manakala Nikki, Adibah dan Suki Low akan berada di tangga teratas GV8.

“Saya tiada nasihat untuk peserta GV8 sebab saya rasa tak layak pun. Tapi saya ada mesej kepada semua peserta untuk bergembira selagi boleh.

“Jadikan pentas GV ini untuk diri sendiri dan orang yang sentiasa menyokong kita. Love what you do,” katanya kepada Gempak.

Bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104), konsert GV8 yang menampilkan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengendali rancangan, ke udara pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, selain berada di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Terdahulu, GV8 menamatkan penyertaan kumpulan Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak Isil, Bandi Amuk dan Saya (Saiful Apek & Yassin Anye Senario) masing-masing di konsert ketiga, keempat, keenam, ketujuh dan kelapan (suku akhir).

Gegar Vaganza Musim 8 Akhir | Battle Round | Aweera vs Aliff Aziz

Aliff Aziz dapat hidayah masa ‘scroll’ Instagram, hati tergerak DM kumpulan tabligh – “Allah bagi sedikit rasa manis… MasyaAllah”

UMUM menyedari cerita kontroversi dan sensasi sememangnya tidak pernah lekang daripada kehidupan penuh glamor penyanyi Aliff Aziz.

Namun siapa pernah menyangka selebriti yang sering terpalit dengan deretan kisah hitam seperti Aliff akhirnya diberi hidayah Allah untuk kembali ke fitrah.

Terbaharu, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz, 30, melahirkan rasa syukur apabila ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah selepas dia mendekati jemaah tabligh.

Cerita suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu, Instagram menjadi asbab atau punca untuk dia mula mengenali agama Islam.

“Nak dijadikan cerita pada mulanya saya tengok ruangan explore di Instagram… macam-macam orang post.

“Tiba-tiba terlintas perkongsian abang Faizal Ismail (FBI), dia pun dah pakai kopiah… saya pun tengok IGTV dia sampai habis.

“Pada waktu tu tak tahu apa yang gerakkan hati saya… saya sendiri hantar DM (mesej langsung) di Instagram d4kwah Tabligh Malaysia,” katanya.

Aliff berkongsi hal berkenaan menerusi video bagi membincangkan tentang tajuk erti ‘sebuah penghijrahan’ yang dikongsikan di Instagram d4kwah Tabligh Malaysia.

Berdasarkan perkongsian selama hampir 14 minit itu, bapa kepada dua cahaya mata ini dilihat petah bercerita dengan matang dan merendah diri.

Sesekali kedengaran dia memuji nama Allah dan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Alif bersama isteri dan anak-anak.
Tambah penyanyi kelahiran Singapura ini lagi, beberapa hari selepas berhubung dengan seorang wakil daripada jemaah berkenaan, dia dipelawa untuk keluar selama tiga hari.

Menerima perkhabaran berkenaan, Aliff berkata dia begitu teruja untuk menyertai kumpulan tabligh yang sinonim dengan misi mengembangkan ajaran Islam itu.

Bagaimanapun akui Aliff, pada ketika ini dia diuji apabila hatinya mula goyah selain cuba mencari alasan agar tidak menyertai program d4kwah yang diaturkan untuknya itu.

Ujar Aliff secara tiba-tiba dia teringat mempunyai temujanji dengan seorang doktor hingga sanggup menghubungi wakil jemaah tabligh untuk membatalkan hasratnya itu.

“Tapi akhirnya apabila saya fikir balik, tiada siapa pun yang paksa. Maksudnya Allah yang gerakan hati saya untuk DM tabligh.

“Saya fikir dan terus nekad untuk turut serta. Kalau saya tolak peluang ni, saya tak boleh nak salahkan kalau tak dapat apa yang dia nak bagi,” katanya.

Cerita Aliff lagi, dia gembira menyertai jemaah itu kerana melaluinya dia belajar untuk mengenali diri dan Allah.

“Mereka layan dengan baik tanpa menghiraukan latar belakang atau pangkat, tak menilai atas status kita.

“Allah bagi sedikit rasa manis… MasyaAllah. Tapi hakikatnya mana mungkin yang mendengar rasa apa yang kita rasa.

“Kalau nak rasa memang saya syor jangan lepaskan peluang tu. Sepanjang keluar Saya nampak adab in real life,” katanya.

Sebelum ini Aliff pernah mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya k3s curang, mabuk, berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta mencuri.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.

Aliff Aziz terbuka hati menyertai Tabligh

Biodata Penyanyi Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

1. Nama penuhnya, Mohamad Aliff bin Aziz. Dikenali sebagai Aliff Aziz.

2. Lahir pada 16 Februari 1991 di Singapura. Berumur 30 tahun (2021).

3. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

4. Berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2007.

5. Bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music BMG Malaysia.

6. Penyanyi lagu-lagu Pop, R&B, Pop Alternatif dan Jazz.

7. Anak sulung daripada tiga beradik.

8. Keluarganya berbangsa Melayu, namun mempunyai darah kacukan Arab.

9. Dua lagi adik perempuannya merupakan kembar seiras, iaitu Nur Ain Aziz dan Nur Aisyah Aziz atau Aisyah Aziz yang juga merupakan penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim k3sepuluh (AF2013).

10. Aliff mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Princess Elizabeth dan Sekolah Zhenghua.

11. Menempa populariti di usia 16 tahun selepas menjuarai program realiti TV, Anugerah.

12. Mempunyai empat album studio iaitu Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012) dan Rebirth (2016).

13. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Sayang Sayang, Cinta Arjuna, Jangan Ganggu Pacarku, Cinta, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.

14. Pernah membintangi drama Almari Ajaib, Khayalan, Antara Kita, Sepai, Tiara, Nurul Kasih, Epilog Cinta Khirana, Jodoh Musim 2, Di Sebalik Wajah, Meh Sandar Pada Aku, Meh Sandar Lagi, Melankolia, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Sejuta Rasa Buat Adelia.

15. Juga telefilem Cinta Vlog, Gerhana, Tiga Dosa, Dia Ayahku, Raya Pak Pak Pong dan Love You Miss Pomen.

16. Tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

17. Mendirikan rumah tangga dengan adik kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau Bella Astillah pada 9 September 2016 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

kredit: astro gempak, https://iluminasi.com/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Di Nobat Juara Gegar Vaganza 8, Bawa Pulang RM100,000. Ini Kisah Aliff Aziz Yg Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*