Kerana Doa Ini Heliza Helmi kant0i… Mahadi cuba masuk line

BERITA gembira pernikahan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengejutkan banyak pihak.

Menariknya sama ada Heliza, 37, atau Mahadi, 38, kedua-dua mereka tidak pernah berkongsi tentang hal peribadi di media sosial sehinggalah sah bergelar suami isteri pada 1 Januari lalu.

Menerusi pertemuan secara eksklusif dengan mStar, Mahadi yang juga seorang usahawan dalam bidang kewangan mengakui dia dan Heliza tidak pernah melaui fasa bercinta.

“Sejujurnya memang saya dan dia tak pernah bercinta sebelum kahwin.

“Saya dapat tahu dia single dan apabila saya approach, dia pun terima,” katanya kepada mStar.

“Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama” -Heliza Helmi

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi akhirnya berkongsi gambar majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, menerusi entri Instagram miliknya.

Dalam coretan tersebut, Heliza menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi dengan segala aturanNya yang terbaik buat dirinya dan pasangan.

“Kun Fayakun. Jadilah maka terjadilah, jika Allah menghendaki sesuati, maka apa pun dapat terjadi.

“Maka dengan izin dan kekuasaan Allah, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah.

“Allahuakbar, kalau anda rasa terkejut, kami pun sama,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, dia turut memberi dedikasi ringkas yang teristimewa buat suami tersayang.

“Tiada daya upaya kami melainkan Allah. Terlalu bersyukur atas segala yang Allah aturkan.

“Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz kerana sudi menZaujahkan diriku (eh ada ke ayat ini) ini yang bukan siapa-siapa,” ujarnya.

Menjengah di Instastory pula, Heliza sempat berseloroh dan akhirnya memuat naik gambar bersama suami.

“Cak! Akhirnya, sudah memuat naik gambar Encik Comi (suami),” coretnya di Instastory.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapakn ucapan tahniah selain mendoakan pasangan merpati dua sejoli itu sentiasa diberi kebahagiaan sehingga ke syurga Allah.

Did4kwa Sudah Berkahwin, Suami Heliza Helmi Dedah Status Diri – “Sebelum Kahwin Saya…”

Walaupun baru seminggu bergelar suami isteri, pasangan Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih mendapat perhatian dalam kalangan netizen sehingga ada yang mempersoalkan status suami kepada penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan itu.

Terbaharu, menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 dengan topik ‘Bina Bahagia Dalam Rumah tangga’, Mahadi tampil menjelaskan mengenai status diri sebelum bergelar suami kepada wanita idamannya itu.

” Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang.”

“Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” katanya.

Sebelum ini, Mahadi terkejut membaca komen-komen yang ditinggalkan segelintir netizen yang mend4kwa dirinya telahpun berkahwin dan memegang status duda.

Selain itu, Mahadi, 38, sempat memohon agar orang ramai diluar sana mendoakan hubungan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kerana Doa Ini Heliza Helmi kant0i… Mahadi cuba masuk line"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*