VIDEO “Kec0h Netizen Ind0nesia Jumpa Kubvr Upin Ipin, Dkwa Dah Men1ngg4l Dvnia 20 Tahun Lalu…” Ini Resp0ns Pengas4s Les’ C0paque

MEDIA sosial Indonesia kecoh dengan sebuah video kvbur yang didakwa milik kar4kter Upin dan Ipin.

Dua kvbur itu dilihat bersebelahan antara satu sama lain dengan batu nisan berwarna biru.

Tertvlis di batu nisan tersebut Ipin men1ngg4l pada 2 April 1996, manakala Upin men1ngg4l setahun sebelumnya iaitu 6 Ogos 1995.

Video yang dikongsi akaun TikTok @bang_along3110 itu sudah ditonton lebih 36 juta kali sehari selepas dimuat naik.

Menerusi keterangan dalam video, cerita Upin Ipin itu dibuat hanya berdasarkan khalayan semata-mata.

Pemilik video itu juga menyatakan rakaman itu diperolehi daripada kawannya dari Malaysia.

Upin dan Ipin menjadi fenomena di Indonesia.

“Video ini Along dapat dari temen yang juga orang Malaysia. Katanya ini berdasar kisah dari nenek di sana yang diadaptasikan ke dalam animasi,” tvlis akaun berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi menerusi laman Facebooknya turut memuat naik berita berkenaan.

Kepada semua peminat Upin Ipin jangan risau mereka sentiasa sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan di musim baru.

BURHANUDDIN MD RADZI

PEMILIK LES’ COPAQUE

Dia yang mengakui terkejut dengan berita viral itu memberitahu peminat agar tidak bimbang dengan khabar angin tersebut.

“Pagi tadi Atok (gelaran d1rinya) terkejut membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin sudah men1ngg4l dunia akibat kem4l4ngan.

“Kepada semua peminat Upin Ipin jangan risau mereka sentiasa sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan di musim baru.

“Ia akan menjadi lebih menarik dan standard animasi telah banyak bertambah baik. Terima kasih atas keprihatinan anda kepada semua peminat Upin Ipin,” ujarnya.

Kenyataan Burhanuddin di Facebook pada Isnin.

Buhanduddin juga merupakan pengisi suara bagi watak Atok di s1ri animasi popular tersebut.

S1ri animasi Upin Ipin mengisahkan kehidupan kanak-kanak kembar berusia lima tahun. Seperti kanak-kanak lain Upin Ipin digambarkan sangat nakal dan sering terlibat dalam masalah.

Upin dan Ipin tinggal bersama Opah dan kakak perempuannya, Kak Ros.

S1ri animasi ini dapat menarik perhatian bukan sahaja di Malaysia, malah negara jiran Indonesia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "VIDEO “Kec0h Netizen Ind0nesia Jumpa Kubvr Upin Ipin, Dkwa Dah Men1ngg4l Dvnia 20 Tahun Lalu…” Ini Resp0ns Pengas4s Les’ C0paque"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*