Gadis Bayar RM30k Ambil Kos Pelancongan, Sekali Intern Kena Jaga Parkir Bawah Terik Matahari

Perkongsian seorang pelajar praktikal dikenali sebagai Erynaa di laman TikTok, mencuri perhatian ramai apabila dia dipercayai perlu menjaga tempat parkir ketika menjalani praktikal di sebuah syarikat.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah tugas kerja yang diberikan kepadanya seolah-olah tidak relevan dan bersesuaian.

Praktikal tapi kena jaga parking panas-panas

Menerusi video yang dikongsi, pelajar ini dikatakan bertugas sebagai pengawal k3selamatan dengan menjaga parkir di bawah terik panas matahari dengan bantuan sekaki payung. Ujar gadis ini, dia mengambil jurusan pelancongan dan tempat praktikal tersebut merupakan pilihannya sendiri.

Bayar kos belajar RM30k tapi intern jaga parkir. Dah lah panas. Saya bersyukur dapat tempat intern kan. At least ada tempat intern. Doa yang baik-baik jelah.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan dia sempat bertanyakan kepada pensyarahnya untuk menukar tempat praktial. Namun, permintaan tersebut sama sekali tidak boleh diproses berikutan tempoh praktikalnya hampir tamat.

Dah nak habis sebenarnya (lagi 2 bulan nak habis). Sebenarnya, saya bukan duduk dekat tempat parkir, saya dekat bahagian tiket. Tapi, disebabkan mungkin nak tukar tempat dengan budak intern lain.

Budak intern baru duduk dekat bahagian tiket, saya yang lama duduk dekat sini (bahagian parkir).

Respon netizen

“time praktikal ni, keje fotostat, jd runner, berpanas berhujan semua tu biasa..guna mata utk perhati apa yg berlaku di sekeling, mcm mn cr pengurusan disitu, semua tu dijadikan asas report nnti..susah sekejap tapi semua tu pengalaman..dah masuk field keje betul mungkin lebih susah dr tu nnti..takkan expectation time praktikal nak uruskan projek megah holding dok dlm bilik office sorang2, jumpa lak manager anak bos hensem.. tu semua hanya dlm drama tv jer..be strong dik yer..praktikal ni kejap jer..” komen seorang netizan

Sumber: Erynaa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://limauasamboi.pw/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gadis Bayar RM30k Ambil Kos Pelancongan, Sekali Intern Kena Jaga Parkir Bawah Terik Matahari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*