Fatin Afeefa Kongsi Gambar Tengah Tidur , Sekali Netizan Perasan Benda Lain

TIADA siapa menafikan nikmat bahagia kehidupan berumah tangga. Menjadi lumrah setiap pasangan yang berkahwin, tentunya mereka inginkan keindahan mahligai mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Acapkali juga kita mendengar jodoh itu rahsia Tuhan. Siapa pula kita untuk menolak takdir?

Begitulah, pengalaman yang pernah dilalui oleh pelakon yang juga penyanyi, Fatin Afeefa. Percer4ian bersama pelakon, Adam Shahz pada Mei 2017 lalu memberi tamparan hebat dalam kamus hidupnya.

Ibarat luka yang men1ngg4lkan parut kekal, Fatin mengakui perkahwinannya tidaklah sebahagia sebagaimana yang diharapkan.

Bercer4i pada usia muda membuatkan aktres berusia 26 tahun itu trauma untuk berkahwin lagi.

SELEPAS melalui fasa percer4ian pada usia muda, Fatin mengaku dirinya tr4uma untuk kembali berkahwin.

“Saya tak nak lagi mendirikan rumah tangga. Mungkin buat selama-lamanya. Saya nak berkahwin dengan diri saya sendiri sahaja,” kata Fatin.

Fatin Afeefa Dipuji Tengah Tidur Pun Cantik

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa ada memuat naik fotonya sedang lena tidur ketika berada di set penggambaran.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai rata-rata rakan artis dan netizen memuji pelakon itu tetap cantik meskipun sedang tidur.

Malah, netizen memuji Fatin tetap maintain cantik tidur di khalayak ramai meskipun kedua gambar itu pelakon itu dilihat tidur dengan mulut yang terbuka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Tidak kurang juga ada yang bertanyakan tips bagaimana pelakon itu rasa yakin tidur untuk di khalayak ramai. Tapi, kalau dah cantik, tidur ternganga pun tetap cantik. Betul tak?


Dah la cantik, suara sedap dan boleh menyanyi dalam keadaan baring, duduk dan meniarap. Untungnya siapa yang dapat jadikan Fatin sebagai isteri.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah binti Shamsudin. Dikenali sebagai Fatin Afeefa.

2. Lahir pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 25 tahun (2019).

3. Merupakan pelakon, peragawati dan penyanyi.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak 2002.

5. Beliau asalnya berjinak-jinak sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur lapan tahun.

6. Diperkenalkan menerusi drama Maksimum di TV3.

7. Ketika usia kecil, dia diberikan kepercayaan membintangi filem Tentang Bulan untuk produksi arahan Ahmad Idham yang turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf, Erin Malek dan Nik Adruce.

8. Kelangsungan karier Fatin berterusan di usia dewasa menerusi filem Kampung Drift arahan Nevin Hiong membawa watak sebagai Julia, bergandingan di sisi pelakon Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip.

9. Kemunculannya di layar perak diikuti dengan filem Volkswagen Kuning arahan Shadan Hashim dan Hospital oleh sutradara Azaromi Ghozali.

10. Tidak ketinggalan drama Red Velvet diterajui Neelofa dan Alif Satar, memegang peranan sebagai Sophie untuk siaran Astro Ria dan Astro Ria HD.

11. Termasuk Semusim Rindu sebagai Husna siaran Astro Prima, Kekasih Paksa Rela (TV3), Monalisa (Astro Prima) yang merupakan drama adaptasi Korea dengan judul asal “The Womans Room”, Jodoh-Jodoh Annisa (Astro Prima) dan terkini, Asalkan Dia Bahagia (TV3).

12. Sudah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, begitupun butiran perkahwinan sulungnya dirahsiakan daripada umum. Hanya yang diketahui, Fatin mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup itu, sebelum menerima rezeki cahaya mata kedua bersama pelakon Adam Shah dalam perkahwinan kedua pada 21 Disember 2013 yang bagaimanapun berakhir dengan percer4ian secara baik pada 30 Mei 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

SUMBER CARI FORUM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Fatin Afeefa Kongsi Gambar Tengah Tidur , Sekali Netizan Perasan Benda Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*