Artis Ini Digelar Asnaf Oleh Netizen Kerana Meminta Sumbangan Makanan. Namun Ini Jawapan Pengarah Filem Tersebut

“APA ni? Buat filem ada duit! Nak bagi pelakon makan minta sponsor?”

Ayat di atas satu tamp4ran hebat buat sebuah syarikat produksi filem yang dikatakan tidak tahu malu hanya kerana meminta tajaan makanan daripada penduduk di beberapa kawasan di Kedah untuk penggambaran filem.

Langkah pihak yang didakwa wakil produksi filem Misteri Hutan Tok Kepak itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Rata-rata mempersoalkan status kewangan produksi berkenaan sehingga perlu meminta sumbangan secara terbuka di Facebook.

Secara s1nis, ada segelintir netizen melabelkan para pelakon dan kru produksi filem tersebut sebagai golongan ‘asnaf’ sehingga perlu mendapatkan tajaan makanan dan minuman daripada orang ramai.

nasyriq 5

Nasyriq kurang senang logo dan nama syarikatnya digunakan untuk meminta tajaan di Facebook.

Sehubungan itu mStar mendapatkan penerbit NS Film Productions Sdn Bhd iaitu Nasyriq Nawawi bagi menjelaskan tentang tajaan tersebut berdasarkan logo syarikat berkenaan yang tertera pada banner promosi filem terbabit.

Namun sesuatu yang mengejvtkan apabila Nasyriq memaklumkan syarikatnya sudah menarik d1ri sebagai penerbit filem Misteri Hutan Tok Kepak atas beberapa faktor.

Tegas Nasyriq, 31, logo syarikat miliknya itu digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan meminta tajaan walaupun sudah tidak mempunyai kaitan dengan filem tersebut.

 

Sekarang ini saya pula kena jawab apabila orang tanya… company kau ke yang minta sponsor di Facebook itu?

NASYRIQ NAWAWI

PENERBIT/ PENGARAH

“Sehingga kini mereka masih menggunakan logo NS Film untuk minta tajaan makanan, minuman, penginapan dan banyak lagi. Malah, surat tajaan juga masih menggunakan nama saya.

“Saya pun dapat tahu mengenai perkara ini daripada kawan-kawan… berapa banyak duit yang mereka berjaya kumpul saya tak pasti. Kalau nak cari sponsor buat cara betul, bukan jaja nama syarikat saya di Facebook dan sebagainya, nampak syarikat saya murah dan lekeh!

“Sekarang ini saya pula kena jawab apabila orang tanya… company kau ke yang minta sponsor di Facebook itu? Ia telah merosakkan reputasi syarikat saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

hantu kepak

Kru dan pelakon berlepas ke Kedah bagi menjalani penggambaran filem ini.

Menjelaskan lanjut tentang penarikan d1ri sebagai penerbit filem yang akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Kodiang, Pendang dan Sintok di Kedah itu, Nasyriq mendakwa syarikatnya dipergunakan pihak berkepentingan untuk tujuan menarik penaja dan mendapatkan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

“Awalnya saya ditawarkan untuk menjadi pengarah sebuah projek bajet rendah… kemudian mereka kata nak buat filem pula dengan bajet RM50,000 tapi nak pakai nama company saya. Saya setuju pakai nama company saya dan mereka pun buatlah poster dan banner untuk majlis pelancaran pada bulan Disember tahun lalu.

“Sebelum pelancaran dia minta separuh daripada bajet, tapi saya bagi RM3,000 dahulu untuk pelancaran itu. Semasa launching pakai nama syarikat saya tapi apabila nak terbit guna production orang lain pula, itu yang menyebabkan saya rasa tert1pu dan tak mahu ada apa-apa urusan lagi.

“Lebih membuatkan saya terkilan apabila mereka berterusan menggunakan logo company saya untuk mendapatkan tajaan walaupun diketahui syarikat kami sudah tiada kaitan lagi,” katanya.

hantu kepak 2

Zulkifli (tengah) merupakan mentor kepada tiga pengarah muda filem ini.

Enggan isu ini terus berpanjangan, Nasyriq meminta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bertanggungjawab dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin supaya tidak timbul masalah berbangkit di kemudian hari.

“Sekarang ini orang kvtuk NS Film kerana minta sponsor di Facebook. Saya sudah hubungi FDAM melalui panggilan telefon dan emel tapi sampai sekarang mereka masih memb1su. Itu membuatkan saya s4kit hati, isu ini telah mencem4rkan nama dan syarikat saya.

“Pihak FDAM tahu apa yang sedang berlaku kerana tanpa pengetahuan mereka tak mungkin projek filem ini berjalan. Saya sedang menunggu pihak mereka beri penjelasan. Saya mahu mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Sekali lagi saya tegaskan NS Film tak terlibat meminta tajaan ini dan saya tampil bersuara mengenai isu ini kerana tak nak benda yang sama berulang kembali. Ia tidak bagus untuk industri filem kita,” katanya.

Misteri Hutan Tok Kepak tvlisan Dilla Hussein diterbitkan bersama oleh FDAM dan K. Titanium Pictures Sdn. Bhd.

Filem ini diarahkan oleh Khairul Azizi, Rayyan Danish dan Asrul Nizam di bawah pengawasan Datuk Zulkifli M. Osman sebagai mentor.

Karya berkenaan akan menjalani penggambaran di Kedah dibintangi oleh pelakon veteran iaitu Aman Shah, Zed Zaidi, Yank Kassim dan Wan Nor Azlin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Artis Ini Digelar Asnaf Oleh Netizen Kerana Meminta Sumbangan Makanan. Namun Ini Jawapan Pengarah Filem Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*