“Jodoh itu rahsia Allah”-Anuar Zain mula bersuara

Usianya bakal menginjak 52 tahun pada Februari depan, penyanyi Anuar Zain mengakui dia masih memikirkan soal jodoh.

Tidak menafikan fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai, Anuar berkata jika sudah sampai masa dan ditakdirkan Allah untuk j4tuh cinta, dia terima dengan hati terbuka.

“Percaya atau tidak, saya masih lagi memikirkan soal jodoh. Saya percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah dan seelok-eloknya buat kita.

“Jodoh itu rahsia Allah, kita tidak akan tahu bila. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berdoa. Jika ada rezeki yang diberi Allah, saya kahwin,” katanya.

Meskipun banyak k3s percer4ian dilaporkan di media sosial, namun Anuar berkata perkara itu tidak pernah menakutkan dirinya untuk bergelar suami.

“Walaupun banyak k3s keruntuhan rumah tangga kita boleh baca dalam media sosial hari ini, namun pada masa sama, ramai pasangan di sekeliling saya mampu mempertahankan perkahwinan hingga akhir hayat.

“Saya lebih suka melihat dari aspek positif seperti bagaimana pasangan menjaga kerukunan rumah tangga dan kekal bahagia. Momen itu pada saya sangat manis,” katanya.

Anuar turut mendedahkan, dia pernah dilamar peminat, malah ibu bapanya pernah berhasrat untuk menjodohkan dengan anak kawan mereka.

“Memang ada peminat yang melamar saya. Tetapi saya anggap itu gurauan dan tidak ambil serius. Malah, kedua orang tua saya pernah berhasrat menjodohkan saya dengan anak-anak kawan mereka.

“Ketika perancangan itu dibuat, saya memang sibuk dengan kerja. Ketika itu, hendak pergi bercuti pun tidak sempat, apatah lagi mahu fikir soal berumah tangga.

“Dalam nada bergurau, saya katakan kepada abah, kalau betul dia berkenan dengan gadis yang ingin dijadikan calon menantu itu, biar dia sahajalah yang berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata bukan rupa dan ciri fizikal yang menjadi keutamaannya dalam mencari calon isteri tetapi karakter seseorang itu paling penting.

“Bagi saya karakter dan personaliti adalah paling penting. Kena sentiasa positif. Saya suka berborak pasal isu semasa dan hal berkaitan sejarah.

“Saya mahu berjumpa seseorang yang boleh bersembang apa sahaja… Itu sangat penting. Rupa pada saya j4tuh tempat kedua atau ketiga. Personaliti kena selari dengan saya kerana tak dinafikan, saya ini sangat rumit dan sensitif orangnya,” katanya.

Sementara itu, Anuar berkata dia percaya dengan qada dan qadar serta reda jika ditakdirkan terus hidup solo buat selamanya.

“Saya terima apa sahaja takdir Allah dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, saya akan terima. Tapi jika tiada jodoh di dunia, mungkin jodoh saya di alam sana,” katanya.

Terdahulu Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada kedua penyanyi lagenda tanah air, Anuar Zain dan Ziana Zain berhubung d4kwaan mengatakan penyanyi lelaki itu suka sesama sejenis.

Permohon maaf itu dilakukan penyanyi lagu I Am Me itu di Instagram miliknya selepas menerima pelbagai reaksi warganet dan para artis.

Menurut Vida, dia sama sekali tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana did4kwa hanyalah gurauan pada ketika itu.

Vida d4kwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain

“Assalamualaikum semua, saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak.

“Peminat dan keluarga Anuar Zain, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap malah gurauan tanpa sengaja.

“Saya tidak boleh mengingati semula apa yang saya cakap kerana perkara itu sudah lama sebenarnya.

Baru sekarang ini muncul, jadi apa pun saya minta maaf. Tidak berniat langsung dan saya meminati sangat Anuar Zain,” katanya di Instagram.

PERMINTAAN DSV KEPADA ANUAR ZAIN

Mengulas lanjut, usahawan sensasi itu juga memohon maaf kepada orang ramai dan pihak keluarga penyanyi lagu Sedetik Lebih itu andai turut sama terasa atas kekhilafannya.

Di samping itu, dia berhasrat untuk berjumpa dengan Anuar secara peribadi.

“Tetapi, apabila sudah keadaan sudah menjadi kekeruhan dan kekalutan seperti ini.

“Apa lagi yang saya boleh cakap melainkan saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Anuar Zain serta keluarga Zain.

“Maafkan saya, Datuk Seri Vida. Saya harap sangat dapat berjumpa secara peribadi dengan Anuar Zain. Hajat besar dan projek besar ada, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, Vida bagaimanapun tampil menutup ruangan tersebut bagi mengelakkan hal tertentu berlaku.

VIDEO:

Sebelum ini, Ziana membidas kenyataan Vida selepas ahli perniagaan kontroversi itu mend4kwa adiknya, Anuar sebagai seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sesama jenis.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi satu video yang memaparkan selebriti sensasi tampil membuat d4kwaan tersebut menerusi sesi soal jawab bersama peminat di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber :http://trendingsangat.pw/2022/01/jodoh-itu-rahsia-allah-anuar-zain-mula-bersuara/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Jodoh itu rahsia Allah”-Anuar Zain mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*