Aliff Aziz tepati ramalan juara GV8, bawa pulang RM100,000

MENEPATI ramalan! Penyanyi Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Aliff, 30, yang berasal dari Singapura membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pada program akhir itu, Aliff menyanyikan lagu Sampai Syurga serta duet lagu Dealova bersama Hafiz Suip.

Pusingan battle pula Aliff berentap dengan Aweera menerusi lagu Bangun.

Suami kepada Bella Astillah itu menunjukkan persembahan bertenaga dan konsistan sejak minggu pertama GVB bersiaran.

Sementara itu, n4ib juara adalah milik Nikki Palikat yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Suki Low menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.

Tempat keempat jatuh kepada Adibah Noor, manakala kelima milik Azan Scan dan Aweera dikedudvkan keenam. Masing-masing membawa pulang wang tunai, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Pentas akhir GV8 dihostkan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Barisan juri terd1ri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

Program realiti nyanyian yang bersiaran selama 10 minggu itu turut disertai kumpulan Shidee, Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak, Bandi Amuk, Saiful Apek & Yassin (SA.YA) dan Ani Mayuni.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Aliff Aziz tepati ramalan juara GV8, bawa pulang RM100,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*