Akhirnya Zulin Aziz Nak Kahwin Dah Pada Tarikh Ini Dengan Jejaka Tersebut

AKHIRNYA segala teka-teki terjawab apabila pelakon dan pengacara Zulin Aziz bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya, Farhan Norzaini pada Februari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram pada lewat malam Jumaat, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, berkata dia dan pasangan memilih untuk bernikah pada 20 Februari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

“Kami memilih tarikh ijab kabul pada 20.02.2022.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan. Ini juga berkat doa daripada anda semua,” ujar Zulin.

zulin 1

Zulin berkongsi gambar majlis pertunangan di Instagram

Bersama posting berkenaan Zulin turut berkongsi fotonya bersama Farhan, dipercayai selepas selesai majlis pertunangan yang diadakan pada Jumaat malam.

Kisah Zulin dan Farhan pernah dikatakan sebelum ini apabila dia berkongsi gambar seakan-akan sesi fotografi pra-perkahwinan.

zulin 2

Sering kongsi gambar bersama, Zulin bagaimanapun sebelum ini lebih selesa kunci mulut soal cinta

Zulin juga pernah memberitahu dia dan Farhan sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan.

Hujung tahun lalu pasangan ini bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci. Meskipun tiada sebarang kenyataan dari Zulin tentang hubungan mereka, peminat sudah mula menghidu apabila sering berkongsi ucapan romantis di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Zulin Aziz Nak Kahwin Dah Pada Tarikh Ini Dengan Jejaka Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*