Akhirnya Abang Viva Dah Dapat Kreta, Memang Lawa Tapi Ini Reaksi Ibu Dan Ayahnya

Kuala Lumpur – Sukarelawan b.anjir yang dikenali sebagai Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, bakal menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda pemberian daripada seorang usahawan produk kecantikan, Wan Siti Aisyah Wan Hasan.

Wan Siti Aisyah yang merupakan Pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd berkata, proses pembelian kenderaan tersebut telah selesai dan hanya menunggu untuk diambil dan diserahkan kepada Azwan.

Menurutnya, pemberian tersebut dilakukan tanpa sebarang syarat.

“Terserah dia Azwan nak buat apa. Yang penting adalah kalau dia buat kerja amal, kita pun dapat manfaat,” katanya ketika ditemui Majlis Penganugerahan Nona Superhero 2021 yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Sebelum ini, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana Abang Viva telah selamat menerima motosikal jenis Yamaha XJ6S berserta beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Menurut portal Motomalaya, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada seorang individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal tersebut kepada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Pada majlis tersebut, Azwan telah menerima anugerah utama Nona Superhero 2021 yang turut diberikan kepada Ketua Pengarah k3s.ihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, Wan Siti Aisyah berkata, beliau tergerak untuk menghadiahkan kenderaan tersebut selepas tersentuh dengan keikhlasan dan ketulusan yang ditunjukkan Azwan dalam membantu m.angsa b.anjir.

“Kita boleh lihat dia punya k3sungguhan dan ketulusan. Saya tidak mampu nak buat macam itu, saya buatlah apa yang mampu dengan menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azwan berkata, dia sangat gembira dan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai, termasuk Wan Siti Aisyah dalam membantu usahanya menjalankan kerja-kerja sukarelawan.

Selesai Semuanya


Alhamdulillah thumma alhamdulillah, selesai jugak akhirnya. Jangan risau awakkk semua, saya ada ni tak lari mana pun. Bila dah janji insyaAllah saya akan tepati.

Tqsm semua yg memudahkan urusan, cari jugak sampai dapat kereta. Kalau ikutkan 2-3 bulan kena que tp rezeki abg viva berjaya jugak keluarkan dalam masa terdekat. Haza rahmatun min rabbi.

Mak & ayah Abang Viva menangis…ucap syukur tak terhingga terima kejutan kereta 4×4

Menerusi sesi live petang semalam, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berkongsi detik penyerahan kunci kereta. Sha Hassan malah meminta ibu dan ayah sukarelawan tersebut untuk tutup mata terlebih dahulu, sebelum menerima kejvtan sebuah model Mitsubishi Triton buat keluarga mereka. Sambil mengalirkan air mata, kedua-dua warga emas itu mengucapkan rasa syukur tak terhingga atas sumbangan penuh makna tersebut.

Paling sebak mak Abang Viva kata tak dapat nak balas budi Sha…ayahnya pula doakan Sha supaya cepat sembuh

Sekembalinya dari Melaka, Sha Hassan akui sebak saat didakap mak Abang Viva sambil menyatakan tidak mampu untuk balas budi baiknya. Sementara itu, ayahnya pula terus mendoakan masalah tulang bengk0k dialami usahawan wanita tersebut agar lekas pulih sebaik diceritakan oleh suami Sha sendiri.

Reaksi Abang Viva

Test Drive Kereta Baru Abang Viva

Video dibawah dikongsikan oleh Youtuber Asyraff Mazlan dimana dia yang berusaha membantu Sha untuk mencari kereta 4×4 untuk Abang Viva.

Sebelum proses dokumen lengkap dan diserahkan pada Abang Viva, Asyraff sempat test drive kereta baru Abang Viva.

VIDEO:

Kredit : Sinar/FB

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Abang Viva Dah Dapat Kreta, Memang Lawa Tapi Ini Reaksi Ibu Dan Ayahnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*