Adik Pian Cecupak Kongsi Detik Akhir Abangnya Di Hujung Hayat

Adik kepada Allahyarham Pian Cecupak, Hassenah menceritakan detik terakhir abangnya di hujung hayat berada dalam keadaan yang sangat bersih.

Memetik sebuah video yang dikongsi oleh HLive di dalam Instagram milik mereka, Hassenah memaklumkan Pian men1nggal di dalam keadaan terduduk menghadap kiblat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Keadaan dia (Allahyarham) cantik, dia duduk (terbaring), tangan dia dah siap macam ni (berqiam), kaki dia dah julur jandi benda tu orang kata takde lah terkil4n. Bukan dia terg4ntung ke, terj4tuh ke, takde. Bersih, dia pergi dalam keadaan yang bersih, memang bersih sangat.

“Kulit dia pun lembut, takde la terkilan macam mata, mulut terbuka, takde. Alhamdulillah, semua cantik,” ujar Hassenah yang ditemubual sejurus selepas majlis pengebum1an.

Tambah Hassenah lagi, dia tidak akan sesekali melupakan tarikh pemergian abangnya kerana ia sama dengan tarikh lahirnya.

“Dia adalah abang, jadi kenangan tu memang banyak. Biasalah kadang dia angin, dia moody. Kas4r dia tu sekejap je. Lepas dah berbaik, memang berbaik. Dia jenis yang bukan simpan lama-lama. Tapi dia memang the best la,” jelasnya.

Tambah abang kepada Pian, Muhammad Daud, mereka sekeluarga sempat berkumpul sambil mengadakan majlis kesyukuran lebih kurang 9 hari sebelum pemergian Allahyarham.

Dalam kejadian malam tadi, Allahyarham Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman, 52, menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni.

Adiknya Hassenah berkata, abangnya ditemui oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air sekitar jam 8 malam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adik Pian Cecupak Kongsi Detik Akhir Abangnya Di Hujung Hayat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*