“Mana Tanggungjawab Setiap Orang Yang Diamanahkan” – Fizz Fairuz

Di media sosial, tular mengenai rakaman video Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang diasak dengan persoalan dan keluahan mangsa banjir ketika melakukan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat pada Selasa.

Fizz Kongsi Pandangan Peribadi

Video tesebut turut dimuatnaik di akaun Instagram pelakon, Dato Fizz Fairuz yang berkongsi pandangan peribadinya terhadap isu kelewatan menyelamat dan memberi bantuan kepada m4ngsa b4njir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dfizzfairuz 🇲🇾 (@fizzfairuzofficial)

“Mewakili rakyat.. Benar.. Itu sangat benar.. Bayangkan yang bercakap itu ibu kita? Apa korang rasa? Mana tanggungjawab setiap orang yang di amanahkan untuk menjaga? Mana janji-janji sebelum dan selepas? Mana?

Kenapa perlu orang lain masuk dulu sebelum mereka? Saya dah habis akal… Nasib baiklah rakyat ni berperikemanusiaan.. Entah lah.. Ikut kan hati, s4kit hati jer.. Tapi apa kan daya, korang yang percaya janji-janji manismu..” Katanya

Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati

Melihat rakaman video yang dikongsi Fizz, orang ramai turut memberi pandangan dan kritikan terhadap pengurusan kerajaan yang lewat dalam mengendalikan benc4na yang menimpa rakyat.

Foto – Instagram @fizzfairuzofficial
Foto – Instagram @fizzfairuzofficial

Sekadar info, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor sebelum ini merupakan Noh yang telah dilantik sejak bulan November 2021.

Difahamkan. menerusi sebuah pengumuman yang dibuat, Amirudin akan menjawat semula jawatan tersebut serta merta di mana Pengerusi MKN sesebuah negeri lazimnya merupakan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Mana Tanggungjawab Setiap Orang Yang Diamanahkan” – Fizz Fairuz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*