Wow! Lincah bergayut macam Spider-Man, tetamu tak sangka pemuda sibuk ambil gambar majlis selama 5 jam rupa-rupanya ‘encik tunang’…jimat kos!

KEBIASAANNYA pasangan yang baru bertunang tersipu-sipu malu, atau sekurang-kurangnya asyik mengukir senyuman manis kerana gembira.

Namun lain pula bagi seorang pemuda yang bergaya sakan dengan pelbagai aksi melucukan termasuk bergayut pada dahan pokok ketika sesi fotografi majlis pertunangan.

“Cita-cita abang ni mesti nak jadi Spider-Man.”

Tunang kepada pemuda berkenaan, Astika Nadzirah Salehudin berkata, mereka mengikat tali pertunangan di kediamannya Jalan Kebun di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.

Gadis berusia 23 tahun itu memberitahu, tunangnya, Muhammad Abidin Mokhtar yang berumur 27 tahun mempunyai perwatakan ceria dan sering membuat jenaka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“per4ngainya memang gila-gila. Itulah d1rinya yang sebenar, tetap sama dari mula-mula kami kenal sehingga bertunang.

“Bila keluar bersama di shopping mall, dia boleh tiba-tiba buat per4ngai. Semuanya dilakukan secara spontan,” katanya kepada mStar.

tunang posing gila gila 3

Antara gambar-gambar yang dikongsi Bulan di laman sosial.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, dia yang lebih mesra disapa Bulan berkata, mereka mula mengenali menerusi permainan secara dalam talian, Plato pada 2018.

“Saya main suka-suka je sebab masa tu game Plato tengah trending. Kami kenal dalam tu selepas empat bulan saya aktif bermain.

“Enam bulan kemudian barulah kami berjumpa, kiranya first date sebelum hubungan semakin rapat,” ujarnya yang berasal dari Teluk Intan, Perak.

tunang posing gila gila 1

Aksi yang cukup bertenaga.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, tunangnya merupakan jurugambar sambilan yang banyak mengajarnya untuk berasa lebih yakin di hadapan lensa kamera.

Malah katanya, tunangnya juga memainkan peranan sebagai jurugambar sepanjang majlis pertunangannya yang berlangsung selama kira-kira lima jam.

Dia bukan saja kelakar dan g1la-g1la, tapi juga begitu protective pada saya sehingga membuatkan saya rasa lebih selamat

ASTIKA NADZIRAH SALEHUDIN

“Masa kami tunang, dia ambil gambar sepanjang majlis. Ada tetamu dalam kalangan saudara-mara yang tidak mengenali tunang kata ‘Eh! Laa… itu tunang ke yang ambil gambar, jimat kos’.

“Bila giliran dia bergambar dengan saya, macam-macam posing gila-gila dibuatnya. Dalam banyak-banyak gambar yang diambil, hanya sekeping dua je yang proper,” ujarnya yang berpengalaman dalam bisnes dropship.

tunang posing gila gila 4

Bulan (kanan) mengenali tunangnya menerusi permainan dalam talian, Plato.

Bulan yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Produksi Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Selangor berkata, sifat budiman tunangnya menawan hati.

“Dia bukan saja kelakar dan gila-gila, tapi juga begitu protective pada saya sehingga membuatkan saya rasa lebih selamat,” tambahnya.

tunang posing gila gila 2

Sikap ‘protective’ si tunang menawan hati Bulan.

Dalam pada itu, Bulan yang bakal melangsungkan pernikahan pada Jun 2022 menganggap tindakan suaminya menjadi jurugambar di majlis tunang telah mencer1akan suasana.

“Bila kahwin nanti kami akan bersanding di pelamin. Jadi, kami kena upah jurugambar lain untuk merakamkan gambar sepanjang majlis.

“Takkan tunang pula ambil gambar kami masa kahwin. Nanti macam saya kahwin seorang,” ujarnya secara berselor0h.

Bulan membuat perkongsian dua video yang menghimpunkan gambar-gambar bersama tunang di aplikasi TikTok dengan salah satunya meraih lebih setengah juta tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wow! Lincah bergayut macam Spider-Man, tetamu tak sangka pemuda sibuk ambil gambar majlis selama 5 jam rupa-rupanya ‘encik tunang’…jimat kos!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*