“Biru, N4fas Dia Lajv” Ibu K0ngsi Detlk P4hit Seluruh Ahli Keluarga Termas0k B4yi Usla 21 Hari Dijngkiti C0vid-19

TIDAK ada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan seorang ibu yang sedang berpantang apabila diberitahu bahawa bayinya yang baru berusia 21 hari disahkan positif cov1d-19.

Berkongsi pengalaman pahitnya itu, Fatin Nur Amanda Assyikin Khalid, 23, yang mesra dipanggil Ekin berkata, bermula dengan anak sulungnya, apa yang terjadi seterusnya berlaku dengan terlampau pantas.

“Waktu saya pantang 14 hari anak sulung saya demam kemudian bersambung pada anak kedua dan ketiga, seterusnya saya pula ada simptom cov1d-19 masa saya tengah berpantang pada hari ke 20.

“Masa tu saya mula hil4ng deria bau,” katanya yang bersalin pada 2 Oktober lepas.

Keempat-empat anak Ekin, termasuk bayi baru lahirnya positif cov1d-19.

Menurut Ekin, selain d1rinya dan anak-anak yang berusia kurang sebulan hingga enam tahun, suaminya turut disahkan positif cov1d-19.

Anak sulungnya yang tinggal di rumah ibunya sewaktu dia bersalin dikatakan menjadi kontak rapat kepada adiknya yang menunjukkan simptom cov1d-19.

“Waktu saya bersalin dalam hari kelima anak sulung pergi rumah mak, waktu tu adik saya dah demam, batuk.

“Masa saya berpantang 10 hari, adik saya disahkan positif cov1d-19,” katanya yang menetap di Terengganu.

Bayinya yang baru lahir iaitu Mohammad Shaher Safwan Mohammad Muslim yang kini berusia dua bulan merupakan antara yang paling teruk terkesan.

Baby kena ser4ngan dekat rumah, dia jadi biru kemudian nafas dia laju.

“Masa tu saya rasa sedih sangat, hari-hari saya menangis lihat keadaan baby, memang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata perasaan saya.

“Bila doktor sahkan semua anak positif, saya dan baby kuarantin dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah sebab baby kekurangan oksigen dan jangkitan kuman paru-paru, anak-anak lain kuarantin dekat rumah dengan suami,” katanya.

Mohammad Shaher Safwan paling teruk terkesan akibat cov1d-19.

Menurut Ekin kesemua mereka kini sudah pulih, namun dia masih mengalami b4tuk-b4tuk, kesan daripada peny4kit berbah4ya itu.

“Saya memang ada asma jadi untuk nak baik tu makan masa sikit

“Saya memang akan simpan dan ingat cov1d-19 ni sampai bila-bila,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber :mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Biru, N4fas Dia Lajv” Ibu K0ngsi Detlk P4hit Seluruh Ahli Keluarga Termas0k B4yi Usla 21 Hari Dijngkiti C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*