Akhirnya. Peguam Ded4h Individu Berjaya Beli Aset Ushawan Dengan Harga Berikut

Petaling Jaya – Lelongan harta dan barang usahawan k.osmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akan dibuat semula pagi ini selepas pemenang bidaan harta tersebut g.agal dikesan baru-baru ini.

Difahamkan, proses bidaan itu yang akan dijalankan di rumah usahawan k.osmetik di Jalan Polo, Kota Damansara akan bermula pada pukul 10.30 pagi selepas semua pembida tiba.

Sebelum ini, pemenang bidaan itu yang dikenali sebagai Mohd Syazwan memenangi bidaan di kediaman Sajat pada harga RM 132,000 daripada keseluruhan lapan pembida yang mengambil bahagian dalam proses lelongan awam berkenaan.

Bagaimanapun, pemenang bidaan itu yang juga pembantu peribadi kepada seorang usahawan k.osmetik mengh.ilangkan d1ri selepas memenangi bidaan harta mudah alih itu.

Antara barangan yang dilelong termasuklah sebuah piano jenama Young Chang bernilai RM 40,000, set bilik tidur, pendingin hawa, pelbagai jenis sofa, set pinggan ­mangkuk, lampu gantung, peralatan elektrik dan lain-lain.

Akhirnya Berjaya Lelong

Pemenang lelongan aset dan barang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan dengan bayaran harga serendah RM 42,000.

Sebelum ini, lelongan harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM 132,000, namun g.agal menerima pembayaran selepas pemenangnya mengh.ilangkan d1ri.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, seramai tiga pembida menyertai lelongan tersebut yang dilakukan untuk kali kedua pada hari ini.

“Sesi lelongan itu dimulakan dengan bukaan harga RM 60,000, namun diturunkan kepada RM 50,000 dengan kenaikan sebanyak RM 5,000 untuk setiap bidaan.

“Bagaimanapun, tiada pembida yang membuat bidaan dan kami perlu menurunkan harga lelongan kepada RM 40,000 dengan kenaikan sebanyak RM 2,000,” katanya kepada pemberita selepas sesi bidaan di kediaman di Kota Damasara di sini tadi.

Katanya, pembida bernama Chai Liong Huat yang berusia 67 tahun berjaya memenangi bidaan itu selepas tawaran ditutup pada harga rendah iaitu RM 42,000.

“Beliau juga sudah membuat bayaran penuh, tiada i.su pembida lari seperti sebelum ini. Proses bidaan kali ini dianggap selesai,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Kredit : Kosmo via om


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhirnya. Peguam Ded4h Individu Berjaya Beli Aset Ushawan Dengan Harga Berikut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*