Didkwa Masuk Rumah Bekas Isteri Dan Bawa Lari Anak Anak. Akhirnya Badrul Muhayat Tampil Beritahu Cerita Sebenar.

Kuala Lumpur: “Saya kena fitn4h,” demikian jawapan ringkas pelakon lelaki popular era 1990-an, Badrul Muhayat berhubung dakwaan bekas isterinya bahawa dia melarikan dua anak mereka.  Dia yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp bagaimanapun enggan ditemubual dan kemudian meminta maaf kerana sedang sibuk. 

Menerusi laporan Harian Metro, bekas isteri pelakon itu membuat laporan polis mendakwa rumahnya dipecah masuk dan dua anaknya dilarikan pelakon itu dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor, Sabtu lalu.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin yang mengakui pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kita akan panggil dalam masa terdekat termasuk individu yang didakwa memecah masuk rumah berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu wanita itu menerusi hantaran di Facebook mendakwa, selain pintu rumahnya ada kesan dipecah masuk, semua pakaian anak-anaknya serta buku sekolah tiada.

Menerusi hantaran sama, wanita itu berkata, dia tiba-tiba ternampak benda yang mencurigakan seperti sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.

Wanita itu turut memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.

Sumber: Harian Merto

Rasa Tak Sedap Hati Lepas Nampak Sarung Tangan Di Depan Rumah. Bekas Isteri Pelakon Lapor Polis Dkwa Anak Dibawa Lari.

Penonton drama-drama Melayu  pasti mengenali pelakon senior, Badrul Muhayat yang sering muncul di kaca televisyen. Banyak lakonannya yang diingati ramai kerana dia merupakan antara pelakon yang sering memegang watak yang pelbagai dalam setiap naskah lakonannya.

Namun begitu, namanya telah menjadi sorotan media susulan bekas isterinya yang dikenali sebagai Julia Ma’wa mendakwa yang Badrul Muhayat telah melarikan anak mereka di Facebook.

Ada kesan umpil pada pintu rumah

Menurut wanita itu lagi, sebelum ini dia ada memberi kebenaran untuk bekas suami membawa anak-anak berjumpa dengan nenek mereka, namun perkara lain pula jadi apabila pintu rumahnya mempunyai kesan umpil seperti cubaan pecah masuk rumah.

Ketika itu, buku-buku sekolah, kad pengenalan, pakaian dan telefon bimbit anak-anak semua tiada. Ketika itu baru Julia teringat yang bekas suaminya pernah mengugut mahu mengambil anak-anak serta memecahkan rumah bagi mengambil barang keperluan mereka.

“Saya dah tak sedap hati. Saya periksa pintu rumah ada kesan umpil, cubaan pec4h rumah. Saya periksa semua barang-barang anak dah tiada. Kad pengenalan anak-anak hilang, telefon bimbit mereka pun hilang,” katanya.

Wanita itu memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.

“Selama ini saya yang jaga, bagi makan, tempat tinggal anak dan yang sekolahkan mereka…. Sejak kami berpisah tahun 2010 sampai sekarang, saya tak sihat dan tak boleh nak kerja lebih-lebih.

“Disebabkan itu saya terpaksa minta bantuan persekolahan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Semua MAIWP yang tanggung persekolahan anak saya sejak dua tahun ini,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Bernam, Selangor pada tarikh yang sama.

Ada kaitan dengan tuntutan nafkah anak2

Tambah wanita itu, hal berkenaan terjadi berkemungkinan ada kaitan dengan perbicaraan tuntutan nafkah yang diajukan kepada mahkamah kerana sejak mereka bercerai pada 2010, pelakon tersebut langsung tidak menghulurkan nafkah buat anak-anak.

Kejadian itu membuatkan Julia bertambah geram, sedangkan bekas suaminya sebelum ini tidak begitu ambil peduli akan anak-anak. Namun tiba-tiba Badrul berlagak seperti ingin bertanggungjawab selepas wanita tersebut mula failkan tuntutan nafkah di mahkamah.

Dalam pada itu, Julia turut memuat naik luahan rasa betapa dia ralat dengan sikap lelaki yang pernah dikahwininya itu apabila dikatakan melakukan tindakan tersebut sekadar mahu melepaskan tanggungjawab membayar nafkah seperti yang sedang dituntut.

Wanita tersebut juga sempat mengenangkan kembali kelakuan pelakon berkenaan yang pernah memukulnya dan berjoli sakan sehingga melupakan keluarga.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Julia telah meminta bantuan orang ramai untuk memanjangkan isu ini agar keadilan dirinya terbela. Dia juga mahu mendapatkan semula anaknya yang telah dilarikan oleh bekas suami sedangkan selama 11 tahun tidak pernah mendapat nafkah daripada lelaki yang digelar bapa kandung.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pihak pelakon tersebut. Semoga masalah dalam keluarga berkenaan dapat diatasi oleh mereka dan tanggungjawab sebagai orang tua dapat dilaksanakan sewajarnya.

Sumber: Facebook Julia Ma’wa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Didkwa Masuk Rumah Bekas Isteri Dan Bawa Lari Anak Anak. Akhirnya Badrul Muhayat Tampil Beritahu Cerita Sebenar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*