Persiapan Sudah Siap, Gadis Ini Akur Terpaksa Tunda Majlis Perkahwinan Selepas Ibu Positif COV1D-19

Setiap pasangan memiliki majlis perkahwinan impian dan perkahwinan ketika ini musim pandemik ini cukup mencabar kerana bukan sahaja perlu mengikuti SOP tetapi perlu juga memastikan d1ri tidak dijangkiti cov1d-19.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @faizz_aa telah berkongsi sebuah video memaparkan situasi keluarganya yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan ahli keluarganya selepas ibu mereka disahkan positif cov1d-19.

@faizz_aa

ade hikmah disebalik kejadian . Allah sebaik baik perancang. semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga 🤲 #cov1d19 #fyp

♬ original sound – Faizz Awalludin – Faizz Awalludin

 

Demi keselamatan keluarga dan pengunjung, tuan rumah mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis tersebut walaupun semua persiapan sebelum majlis akad nikah dan persandingan telah siap. Malah, goodies yang disediakan untuk tetamu disedekahkan kepada orang kampung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan ibu mereka segera sembuh dan mereka sekeluarga tidak dijangkiti serta urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi mengalami situasi yang hampir sama sehingga terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka. Ketika artikel ini ditvlis, video tersebut meraih lebih 300 ribu tontonan dan 10 ribu tanda suka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : The vocket


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Persiapan Sudah Siap, Gadis Ini Akur Terpaksa Tunda Majlis Perkahwinan Selepas Ibu Positif COV1D-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*