[VIDEO] Pengantin Baru Jadikan ‘Unboxing By Husband’ Trend Terkini, Cikgu Beri Komen Ped4s

Selalunya kalau kita dengar perkataan unboxing, pasti ramai yang terbayang video-video yang memaparkan review terhadap sesuatu barang mahupun produk.

Walau bagaimanapun, sekarang ini yang sedang menjadi trend di platform TikTok bukannya rakaman video unboxing barang, akan tetapi Unboxing By Husband.

Dari perkataan itu pun dah dapat nampak kepelikannya dan itulah realiti sekarang ini apabila terlalu ramai pengantin baru terutamanya dikalangan wanita bertudung memuat naik video seperti itu.

Trend ini memaparkan tudung si isteri akan dibuka secara perlahan-lahan oleh si suami dan masing-masing masih memakai busana pengantin.

Akibat berasa meluat dengan video-video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Dell memberi teguran pedas kepada pasangan yang merakam hal itu dan satu perkara yang terlintas di dalam fikiran dia adalah, mana letaknya perasaan malu buat wanita bertudung yang melakukan trend terbabit.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Meninjau di ruangan komen hantaran video itu, rata-rata warganet turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh cikgu tersebut dan merasakan perkara itu tidak perlu dipertontonkan buat khalayak umum, cukup sekadar simpan send1ri.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari Beautifulnara, TikTok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Pengantin Baru Jadikan ‘Unboxing By Husband’ Trend Terkini, Cikgu Beri Komen Ped4s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*