‘Sifu Trading’ Kant0i Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes

Pelbagai cara pihak tidak bertanggungjawab akan guna demi mengaburi mata orang ramai. Rakam gambar di hadapan kereta mewah ‘milik mereka’ adalah antara teknik yang biasa digunakan untuk memberi gambaran mereka telah berjaya dalam bisnes yang mereka ceburi.

Terbaharu, seorang ‘sifu’ trading yang dikenali sebagai Anai-Anai Trader telah berkongsi gambar beliau bersama jet peribadi mewah yang didakwa dibelinya hasil kejayaan bisnes trading.

“Anai-anai memang tak sangka boleh ada PRIVATE JET send1ri. Dulu hidup anai-anai memang tiada tujuan. Kerja dengan gaji RM2,000 sahaja & pernah ditinggalkan tunang yang curang dengan lelaki berjaya. Perit & s4kit dia tu tuhan saja yang tau.

“Anai-anai juga pernah depresi, 3 bulan tak keluar rumah. Mungkin rezeki, kawan anai-anai zaman universiti kenalkan anai-anai dengan SAHAM & TRADING,” tvlis pemilik akaun tersebut.

Kisahnya kemudian tular di Twitter. Ramai yang sudah menghidu keraguan dalam penulisan sifu ini kerana golongan scammer biasa membuat tvlisan seperti ini untuk menipu mangsa yang mahukan untung mudah dan cepat.

Lebih meragukan, stiker pada jet peribadi yang didakwa miliknya hil4ng dalam gambar lain yang dikongsikan oleh beliau.

Menerusi carian nama Tutor Perini yang tertvlis pada jet peribadi tersebut, ia merujuk kepada syarikat Tutor Perini Corporation, sebuah syarikat pembinaan gergasi di Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Albert G. Tutor.

Tutor Perini Corporation mempunyai projek pembinaan skala besar di seluruh dunia dan berkemungkinan besar jet peribadi ini adalah milik mereka yang singgah di Malaysia untuk tujuan bisnes.

Seorang pengguna Facebook, Muhamamd Nur Iman turut mengesahkan ada sebuah jet peribadi Gulfstream yang didaftarkan di Amerika Syarikat berlabuh di lapangan terbang Subang dan Kuching dalam tempoh beberapa hari yang lalu sebelum berlepas kembali ke Dubai.

Adakah mampu untuk membeli jet peribadi Gulfstream send1ri? Boleh sahaja jika anda sanggup untuk laburkan USD61.5 juta (~RM257.25 juta) untuk model Gulfstream G550, tidak termasuk kos selenggara tahunan yang mencecah jutaan ringgit.

Carilah pihak yang tidak diragui sekiranya anda mahu berkecimpung dalam dunia pelaburan. Kerana modal anda yang jadi taruhan, bukan modal sifu. Beringat sebelum kena.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : the vocket


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Sifu Trading’ Kant0i Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*