Dr Amalina Cvri Tumpuan Ramai Setelah Berkongsi Gambar Sedang Men1kmati Mandian Bunga

Pakar bed4h terkenal, Dr. Amalina Che Bakri mencvri tumpuan ramai apabila berkongsi gambarnya yang sedang menikmati mandian bunga.

Situasi tersebut dikongsi Amalina menerusi satu posting di Instagramnya, baru-baru ini.

Menurut Amalina, amalan tersebut telah dilakukan secara turun temurun oleh kebanyakan masyarakat Melayu.

“Mandi bunga atau mandi tujuh wangian adalah tradisi Melayu yang menggunakan tujuh bunga yang berbeza untuk mencapai aromatik menyenangkan.

“Secara tradisinya, orang Melayu percaya bahawa ritval boleh membersihkan tenaga negatif atau mengeluarkan ‘nasib burvk’,” katanya.

Tambah Amalina, biarpun kepercayaan itu sudah lama ‘menapak’ dalam kalangan budaya masyarakat, namun tiada seberang saintifik mengenai ritval tersebut.

“Sila ambil perhatian bahawa tidak ada bukti saintifik di sebalik ritval ini tetapi saya hanya mahu mencuba dan ia berbau harum,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Sementara itu, menerusi ruang komen kebanyakan netizen dilihat teruja melihat Amalina dengan terbukanya mencuba amalan tersebut.

Malah, ramai yang berpendapat doktor popular itu semakin cantik sejak bergelar isteri.

“Betul tu, mandi bunga ni elok buang tenaga negatif, doktor pun makin cantik sejak jadi isteri ni”.

“Mungkin untuk tenangkan diri dengan bau-bauan harum kot”.

“Boleh boost keyakinan diri dan mood harian. Positif aura,” kata beberapa netizen.

Sekadar info, Amalina sah bergelar isteri kepada seorang jejaka Inggeris dikenali sebagai Alex sekitar Mac tahun lalu.

Jelas Amalina berkata dia dan suami sudah tiga kali menangguhkan majlis pernikahan mereka gara-gara pandemic Covid-19.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dr Amalina Cvri Tumpuan Ramai Setelah Berkongsi Gambar Sedang Men1kmati Mandian Bunga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*