Penyanyi Terkenal Aishah Buat Pengakuan Berani Yang Beliau Dah Brcrai Kali Keempat. Apa Yang Lebih Sedih Cara Dia Dilepaskan Memang Akan Menngis

PETALING JAYA: Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, penyanyi legenda, Aishah mengesahkannya sudah pun bercer4i dengan bekas suami, penghujung tahun lalu.

Mengulas lanjut, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, mendedahkannya dicer4ikan dengan talak satu melalui aplikasi WhatsApp pada 25 Disember lalu.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya dicer4ikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.

“Bohonglah, jika saya tidak bersed1h dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot.

Nora nikah sahabat baik arw4h Johan

“Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.

“Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.

 

Walaupun kini kembali hidup bersendirian, penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah ini berkata, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana mempunyai dua cahaya mata lelaki, Armand Azhari dan Azhad Ahlami sebagai sumber kekuatan.

“Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi.

“Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.

“Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya berg4ntung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak,” luah penyanyi bervokal mantap ini.

November lalu, Aishah mengakui, tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bagaimanapun, Aishah enggan mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangganya itu.

Terdahulu, Aishah ditemui pada majlis Makan Malam BH yang diadakan di Hotel Armada, di sini, semalam.

Pada majlis itu, juara program realiti, Gegar Vaganza musim keempat itu menghiburkan warga BH dengan dua lagu, Janji Manismu dan single terbaru, Ketentuan Takdir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber :  http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Penyanyi Terkenal Aishah Buat Pengakuan Berani Yang Beliau Dah Brcrai Kali Keempat. Apa Yang Lebih Sedih Cara Dia Dilepaskan Memang Akan Menngis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*