Ibu h1ba tengok anak mer4juk ‘nak abah’! Tunggu bapa pulang cari rezeki di laut, tertidur di kusyen sampai esok – “Semua tak sayang baby”

TERPAKSA berkorban dan berbahagi kasih sayang ibu bapa sesama adik beradik bukanlah perkara yang mudah apatah lagi bila melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.

Kakak atau abang seringkali menjadi ‘m4ngsa’ apabila terpaksa makan hati dan mengalah dengan adik-adik yang lebih kecil.

Walaupun reda, kadangkala hati kecil mereka tetap terusik terutama sekali apabila melihat perhatian ibu dan bapa mereka lebih terarah kepada adik-adik.

“Baby nak abah, tak mau (mahu) kawan dengan ibu, semua tak suka baby, tak sayang baby,” itulah kata-kata pilu seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang kecil hati kerana terpaksa mengalah dengan adiknya yang berusia dua tahun.

Video kanak-kanak berkenaan, Nur Mawaddah Saffiya Amirul mer4juk dan men4ngis menginginkan bapanya, Amirul Ali, 31, tular di media sosial baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, ibunya, Fatin Nabila Azizan, 29 berkata, video tersebut dirakam setelah dia buntu dan tak tahu bagaimana lagi hendak memujuk anak ketiga dari empat beradik tersebut.

“Dia memang anak abah, tiap kali men4ngis mesti dia nak abah, masa tu dia terasa hati jadi dia bawa d1ri pergi duduk dekat kusyen men4ngis send1rian, saya pujuk pun dia tak nak, sed1h tengok dia.

“Dia suruh saya video call tapi saya call abah dia tak angkat sebab sibuk bekerja jadi saya ambil video tu saya cakap nanti saya hantar pada abah tapi dia tak mahu juga. Dia masih men4ngis sampai mata merah bengk4k-bengk4k,” katanya, sambil menambah suaminya bekerja sebagai seorang nelayan.

Fatin bersama keluarga kecilnya.

Menurut Fatin yang menetap di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, anaknya itu sanggup menunggu bapanya di kerusi yang sama sehingga keesokan harinya.

Menjelaskan punca anaknya itu mer4juk, Fatin berkata, kanak-kanak itu pada mulanya ingin bermain skuter miliknya, namun adiknya, Muhammad Farhan Hamka Amirul berebut permainan tersebut.

“Adiknya biasalah apa yang kakaknya pegang semua adik dia nak, jadi saya selalu beritahu dia kena mengalah bagi adik guna dulu nanti dia dah senyap ambil semula.

“Yelah memang dia bagi tapi dia tetap pend4m, sed1h itu yang dia cakap semua tak sayang dia semua sayang Aan (Farhan) barang dia semua jadi barang Aan,” katanya, sambil menambah skuter milik Farhan telah rosak.

Mawaddah sedih kerana adiknya mahu bermain skuter miliknya.

Menurut Fatin sebagai ibu, dia turut terkesan melihat anaknya yang berasa sedikit tersisih.

“Saya tengok dia men4ngis saya pun men4ngis sama, tapi kita pun mesti tengok anak yang kecil dulu,” katanya.

Keesokannya apabila suaminya pulang, Mawaddah segera memeluk bapanya itu.

“Macam tak jumpa setahun, terus tak nak dekat mama, nak abah je.

“Abah dia pun memang seorang yang pandai ambil hati anak-anak,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ibu h1ba tengok anak mer4juk ‘nak abah’! Tunggu bapa pulang cari rezeki di laut, tertidur di kusyen sampai esok – “Semua tak sayang baby”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*