Teruja Dapat Hadiah Barangan Mewah! Nurul Hidayah Ded4h Harga Sebenar ‘Mug’ Pemberian Heliza Dan Suami

Aktivis Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berasa bertuh apabila menerima hadiah berjenama mewah daripada penyanyi, Datin Heliza Helmi dan suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Heliza & Mahadi Pasangan Yang Tak Berkira

Menerusi posting di Instagram, Nurulhidayah mendedahkan kedua-dua figura itu merupakan pasangan yang jenis tidak berkira dan pemurah lantaran membuatkan mereka sentiasa dimurahkan rezeki.

“Sweet la depa dua ni. Bab hadiah untung sangat la @nurhelizahelmi sebab @mahadibz jenis tak berkira. Dia akan award dan reward mereka yang layak. Dia sangat pemurah. Tu sebab rezeki dia murah.”- dedah Nurulhidayah

“Terima Kasih Untuk Mug Mahal Ni”-Nurulhidayah

Dalam hantaran yang sama, Nurulhidayah berterima kasih dan menunjukkan hadiah cawan berjenama mewah Perancis, Hermès daripada pasangan itu. Menerusi carian Murai.my, harga cawan tersebut dianggarkan bernilai RM500 hingga RM1600 seunit.

“Terima kasih untuk  mug mahal ni. Sayang nak guna. Tak pernah dapat mug  mahal macam ni.

Rezeki ni kita tak jangka. Allah reward kita kadang tu melalui orang baik-baik macam @mahadibz dan zaujahnya.”- katanya

KOMEN NETIZEN:

Sekadar info, Heliza telah sah bergelar isteri kepada jutawan perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022. Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran dan pasangan ini telah diraikan dalam sebuah majlis di sebuah hotel terkemuka .

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: IG Nurulhidayah, TTK


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Teruja Dapat Hadiah Barangan Mewah! Nurul Hidayah Ded4h Harga Sebenar ‘Mug’ Pemberian Heliza Dan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*