Tak kisah buat kerja lelaki, mak pun okay je… gadis lengkap helmet, apron terketar-ketar mesin rumput, bancun simen pun pernah!

MASYar4kAT umum sering kali meletakkan label pada satu-satu pekerjaan.

Memasak, mengemas, mencuci ini pekerjaan wanita, manakala kerja-kerja lain yang dilihat lebih berat pula merupakan kerja bagi golongan lelaki.

Hakikatnya, tak kira apa pun tugasannya, ia boleh dilakukan baik golongan hawa mahupun adam.

Bagi, Noor Saadah Hussain, 27, seberat mana pun tugasan tersebut, dia akan cuba untuk melaksanakannya supaya pihak lain tidak akan terbeban dengan tanggungjawab terbabit.

“Rumput tu kalau tunggu keaj4iban memang tutup rumah la, fine, tak apa saya buat send1ri,” tvlisnya, berserta video dia sedang memotong rumput.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Gelagat Saadah atau Nor sedaya upaya cuba melindungi d1ri dengan mengenakan helmet serta apron sebelum memulakan upacara memotong rumput di kawasan rumahnya di Pendang, Kedah menggelikan hati warga maya.

“Kau kak dengan helmet, dengan apron kedai tomyam, haha.. be happy with your life (bergembira dengan hidup anda),” komen seorang netizen.

Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang arkitektur landskap ini berkata, video tersebut dirakam rakannya pada 3 Januari lepas.

Mengakui takut unuk mengendalikan alat pemotong rumput tersebut pada mulanya, dia kini semakin yakin untuk melakukan tugasan tersebut secara rutin.

“Mula-mula takut juga sebab tu saya pakai mata mesin yang jenis bertali, saya tak berani lagi pakai jenis mata besi, saya takut batu kena mata dan muka, sebab tu juga saya pakai helmet dengan apron sebab takut rumput kena pada baju nanti susah cuci.

“Mula-mula dulu mungkin ia satu pengalaman baru, sekarang mesin rumput ni dah jadi rutin saya dua kali setahun, pada saya ia satu perkara yang seronok walaupun pun s4kit juga bahu dan ketar-ketar juga tangan buat kerja ni,” katanya anak ketiga dari empat beradik iaitu dua laki dan dua perempuan.

Noor Saadah (dua dari k1ri) bersama keluarganya.

Kata Nor, dua beradik lelakinya kini sedang melanjutkan pelajaran ke universiti, manakala ayahnya sudah men1ngg4l dunia kira-kira 10 tahun lepas.

Selain memotong rumput, Nor juga arif melakukan tugasan lain yang sering dianggap kerja golongan lelaki.

Falsafah yang dipegangnya adalah “selagi mampu buat send1ri, jangan menyusahkan orang lain”.

“Selagi boleh buat, saya buat je, kalau tukar gas naik motosikal tu memang selalu sangat, pernah juga bancuh simen send1ri sebab masa tu nak tambah kaki lima rumah.

“Saya dah biasa buat kerja-kerja macam ni, baik saya buat send1ri sebab saya takut saya akan menyusahkan orang lain,” katanya yang menjual miang kham atau colek kaduk secara kecil-kecilan di Shopee.

Noor Saadah tidak kisah melakukan kerja berat.

Kata Nor, ibu juga tidak kisah, malah seronok melihat kesanggupannya melakukan tugasan tersebut.

“Mak okay je, dia seronok lagi ada la, ada orang yang boleh dih4rapkan sebab dia seorang sahaja dekat rumah kalau kami semua dekat universiti dulu.

“Jadi bila saya balik kadang tu cuti semester dulu saya tolong dia mesin-mesin semua tu, dia akan gembira,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tak kisah buat kerja lelaki, mak pun okay je… gadis lengkap helmet, apron terketar-ketar mesin rumput, bancun simen pun pernah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*