“Sebagai keluarga, saya terkesan” – Rupanya Ini Hubungan Ernie Zakri dengan Keluarga Anuar Zain

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri kec3wa dengan tindakan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang menga1bkan bapa saudaranya yang juga penyanyi bersuara emas, Anuar Zain menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini. Luah Ernie, sebagai keluarga dia terk3san dan berharap usahawan berkenaan menyesal dengan perbuatan dangkalnya itu. “Saya terima banyak mesej berkenaan video tersebut

Dianggap sangat keterlaluan menudvh penyanyi Anuar Zain sebagai seorang gay, usahawan kontroversi Datuk Seri Vida terus-menerus menerima kecaman dan kritikan daripada wargamaya.

 Ernie Zakri Anak Saudara Anuar Zain

Sebagai anak saudara kepada Anuar, penyanyi dan pelakon Ernie Zakri turut kelihatan bersuara di platform Twitter miliknya. Biarpun ‘indirectly’, rata-rata pengikutnya tahu ciapan itu ditujukan kepada Vida.

Ernie, 30, mengingatkan kepada Vida untuk lebih berhati-hati dalam menuturkan kata kerana dia juga mempunyai keluarga.

Selain itu, pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri juga menekankan kepada Vida untuk menjaga kedua anaknya terlebih dahulu sebelum membicarakan hal orang lain.

Money can’t buy class


Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Boneka bersetuju dengan kenyataan itu. Malah, ada segelintir yang meminta keluarga Ernie untuk memberi pengajaran kepada Vida supaya ins1den sama tidak akan berulang lagi.

Sebelum ini, menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial, Vida menudvh Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis. Tindakan keterlaluannya itu juga telah membuatkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat bi4dap’.

Kaya dan popular tidak menjamin adab – Fazley Yaakob

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang bukan?”.

Itu reaksi penyanyi dan cef terkenal, Dato Fazley Yaakob berhubung sikap usahawan terkenal, Dato Sri Vida (DSV) yang mend4kwa penyanyi Anuar Zain seorang lelaki homos3ksual menerusi Instagram Live DSV baru-baru ini.

Jelas penyanyi Asmara Ini itu, setiap dugaan dan ujian yang hadir mempunyai hikmah yang tersendiri agar dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

“Sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh meros4kkan imej seseorang,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram miliknya, Fazley turut menyatakan rasa simpati terhadap golongan yang suka menggunakan kaedah publisiti kurang bijak dan melayangkan pertanyaan adakah perbuatan tergamak itu boleh dijadikan sebagai ikutan usahawan muda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihorm4t1 ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! (Buat malu diri sendiri) Maaf semakin hil4ng rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah ditangkap layar buruk padahnya,” akhirinya.

Vida mohon maaf

Usahawan sensasi dan kontroversi, Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal, Anuar Zain dan keluarga termasuk seluruh rakyat Malaysia kerana mend4kwa penyanyi itu ‘g4y’.

Vida menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 49 saat dimuat naik di Instagram itu berkata, dia memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan berlaku disebabkan tutur katanya yang menggur1s hati banyak pihak.

“Saya mohon maaf atas kekhilafan, atas kekeliruan, atas mungkin perkataan saya yang menggur1s hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain, saya mohon maaf banyak- banyak.

“Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu kerana benda sudah lama. Jadi, baru sekarang ini muncul. Jadi, apapun saya minta maaf kerana saya tidak berniat langsung dan saya sangat-sangat meminati Anuar Zain,” katanya yang turut mengakui dia adalah peminat setia Anuar Zain.

Dalam masa sama, Vida juga berharap dia dapat berjumpa ‘in person’ bersama Anuar bagi berkongsi hasrat besarnya termasuk projek besar juga untuk penyanyi terbabit.

Semalam, Harian Metro melaporkan Vida dikec4m teruk netizen berikutan d4kwaannya mengatakan Anuar ‘g4y’ menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Video berdurasi kurang 15 saat itu memaparkan Vida menjawab pertanyaan seseorang yang meminta dia untuk memikat Anuar untuk dijadikan suami.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial lain, ruangan komen dib4njiri dengan kritikan dan kec4man atas tindakan Vida itu, termasuk penyanyi Ziana Zain juga kakak Anuar menyifatkan kelakuan dan tindakan Vida sangat bi4dap.

Sehubungan itu, ramai dalam kalangan netizen memohon Anuar mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida yang dianggap sangat keterlaluan.

Sumber: Twitter @ErnieZakri

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber :  http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sebagai keluarga, saya terkesan” – Rupanya Ini Hubungan Ernie Zakri dengan Keluarga Anuar Zain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*