Pretty Ugly Rakam Semula Lagu Arwh Siti Sarah, Lancar Album Ke-5 Kompilasi Lagu-Lagu Hit

Album khas buat peminat muzik di atas sokongan selama 21 tahun Pretty Ugly berada di persada seni mainstream tanahair. Album ini mengandungi 11 buah lagu. Ini merupakan album ke-5 Pretty Ugly yang pernah diterbitkan setelah album ‘Abstrak Versi Fantasi’ 2001, ‘Transformasi Ke Stereo’ 2003, ‘Rockaholic’ 2006 & ‘Darabkan Sejuta’ 2011.

Berlainan dengan album-album terdahulu, album kali ini merupakan rakaman semula lagu-lagu yang berkumandang di corong radio juga di kaca televisyen. Boleh dikatakan semua lagu yang terkandung pernah menjadi hit. Di antaranya ialah ‘CD Bagasi Honey, Francis Ford Coppola, Nanti. En Ronald Moore, Superstar’. Dua buah lagu juga pernah menjadi lagu tema buat filem iaitu ‘Diari Seorang Lelaki’ bagi filem Sepi & ‘Jika Diberikan Ku Satu Peluang’ untuk filem Tolong Awekku Ponti4nak.

Ada terdapat sebuah lagu ‘Jangan Kau Mimpi’ & ‘Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun COVID Melanda’. ‘Jangan Kau Mimpi’ dirakam semula sebagai tribute buat Sarah Raisuddin yang telah men1nggal dunia baru-baru ini disebabkan COVID-19. Untuk pengetahuan semua, Neves (penyanyi Pretty Ugly) adalah pencipta lagu & penulis lirik serta penerbit bagi lagu tersebut yang terkandung di dalam album ‘Mimpi Pun Sama’.

“‘Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun Covid Mel4nda’ pula adalah sebuah lagu baharu berkisah tentang bagaimana sepasang kekasih merempvh dugaan hidup di kala pand3mik COVID-19 berlaku. Lagu ini telah dipasarkan secara digital single pada tahun lepas.

“Mungkin ramai yang masih tidak pernah dengar atau tahu akan kewujudan lagu ini. Disebabkan itulah lagu ini dimasukkan sekali di dalam album PRETTY UGLY 21,” kata anggota kumpulan itu.

Single untuk album ni adalah ‘5300’. Lagu ini hanyalah sekadar ‘B Side’ di dalam album ‘Transformasi Ke Stereo’ yang diterbitkan pada tahun 2003. Pretty Ugly memang pertaruhkan lagu ini sebagai single untuk album itu. Akan tetapi pihak label terdahulu tidak mempercayai kredibiliti lagu tersebut & menganggap lagu 5300 tidak cukup komersial.

“Jadi setelah sekian lama mem3ndam hajat, untuk kali ini kami pertaruhkan lagu 5300 sebagai single. Mungkin ramai yang tertanya kenapa Pretty Ugly sudah lama tidak merakam album baharu? Merajuk? Kecewa?

“Sebenarnya banyak juga single telah dirakam di sepanjang 10 tahun jarak antara album ke-4 Darabkan Sejuta & album terbaharu Pretty Ugly 21 ini. Di antaranya ialah Dia Milikmu, No. 1, Bongok, Pasti Kau Milikku. Akan tetapi hanya lagu No. 1 sahaja yang pernah mendapat sambutan. Lagu ini juga merupakan pemenang bagi kategori Muzik Video Terbaik di AIM 2014.

“Album ini diberi nama Pretty Ugly 21 bukan sahaja untuk meraikan 21 tahun Pretty Ugly berada di persada mainstream muzik Malaysia. Ia juga kerana album ini dihasilkan pada tahun 2021,” tambah mereka.

Album ini adalah satu projek di bawah dana CENDANA. Ia hanya dipasarkan secara digital buat masa ini.

Akan tetapi pada masa akan datang, kami juga merancang untuk memasarkan album ini secara fizikal. Pretty Ugly 21 akan dipasarkan di semua digital platform pada 31 Jan 22’.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pretty Ugly Rakam Semula Lagu Arwh Siti Sarah, Lancar Album Ke-5 Kompilasi Lagu-Lagu Hit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*