Mira Filzah h4mil, usia kandungan memasuki trimester ketiga

SETELAH beberapa bulan menyimpan rahsia, pelakon dan pengacara Mira Filzah akhirnya bersedia untuk berkongsi berita gembira bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, berkata usia kandungannya kini bakal memasuki trimester ketiga.

“Perkhabaran diterima tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung.

“Usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“Seperti pasangan lain yang merancang untuk membina keluarga, kami juga punya pengalaman send1ri dalam perjalanan kami,” katanya pada Khamis malam.

Sementara itu isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar ini turut melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

“Kepada semua yang berh4rap dan mendoakan kami daripada dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah d1ri kami mengucapkan jutaan terima kasih,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Dalam pada itu rakan selebriti termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza serta para peminat turut menyatakan rasa teruja dengan berita berkenaan.

Mira dan Emir, 32, berkahwin pada September 2020.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mira Filzah h4mil, usia kandungan memasuki trimester ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*