Ini Jawapan Wany Hasrita Setelah Kec0h Mengatakan Dia Sudah Mengedar Kad Kahwin Untuk Majlis Pernikahan Dalam Tempoh Terdekat

Penyanyi Wany Hasrita, menol4k khabar angin yang mend4kwa dia sudah mengedarkan kad kahwin bagi melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dalam tempoh terdekat.

Penyanyi lagu Pedas berusia 30 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, dia akan berkongsi sekiranya tarikh rasmi hari bahagia jika sudah diputuskan kedua-dua belah pihak.

“Bukanlah dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.

“Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.

“Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram, berbaur ‘loving’. Ia disebabkan saya mencintai diri saya,” katanya.

Wany pada masa sama menambah, dia sudah semestinya dia ada memikirkan soal perkahwinan, namun masih tunggu waktu sesuai.

“Semua orang yang belum berkahwin mahu ke arah itu. Tapi nak kata tahun ini, tak tahulah, kita tengok jodoh saya sampai bila. Doakan yang terbaik buat saya sebab setiap orang mahu kahwin dan begitu juga dengan saya,” katanya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ini Jawapan Wany Hasrita Setelah Kec0h Mengatakan Dia Sudah Mengedar Kad Kahwin Untuk Majlis Pernikahan Dalam Tempoh Terdekat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*