Kos Majlis Resepsi Cecah Berpuluh Ribu, Hadiah Mila Jirin Buat Heliza Helmi

Pemilik Bizmilla Wedding Centre yang juga penyanyi terkenal, Mira J1rin menyifatkan sebuah majlis resepsi sebagai hadiah buat teman baiknya, Datin Seri Heliza Helmi tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Mila Enggan Dedah Jumlah Sebenar Majlis Resepsi Heliza

Dikhabarkan, majlis resepsi yang berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit. Bagaimanapun, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmila J1rin memilih untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin Heliza dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

“Hadiah dan nilai majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.

“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” kata Mila

Mila Paling Gembira 

Disebalik majlis tersebut, tersimpan sebuah kisah lucu diantara mereka. Menurut Mila, pada awalnya Heliza menghubungi bertanyakan mengenai kekosongan dewan Bizmilla yang ada untuk digunakan pada 1 Januari lalu. Namun, dia tidak menyangka bahawa pertanyaan Heliza itu adalah bagi meraikan hari istimewanya

“Cuma ketika itu, saya tidak syak dan tahu mengenai cerita sebenar yang dia akan berkahwin. Ketika ditanya mengenai dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya beriya iya ia diperlukan untuk majlis siapa.

“Cuma permintaan itu tak dapat dipenuhi sebab enam dewan yang ada sudah penuh. Saya pun seperti kebanyakan lain yang tidak tahu dia akan berkahwin pada tarikh itu. Jadi perbualan kami terhenti di situ.

“Selang beberapa hari, saya dikejutkan dengan undangan majlis persandingannya melalui k1riman WhatsApp. Saya antara sahabatnya yang amat gembira dengan berita tu. Masa itu gembira saya bukan kepalang sampai lupa nak tak tanya dengan siapa dia akan berkahwin,” kongsinya

Mengimbas kembali kenangan lalu, Mila berkata dia pernah berselor0h dengan Heliza untuk mengendalikan majlis perkahwinannya suatu hari nanti dan tidak menyangka ia akan menjadi suatu realiti.

“Saya imbas kembali kenangan pada tahun 2019, dia ada anjurkan majlis bersama peminat di salah satu dewan Bizmilla. Masa itu saya sempat berselor0h kepadanya. Saya kata, kalau dia kahwin, syarikat saya wajib uruskan majlis dan jadi lokasi persandingan.

“Cuma ketika itu, dia mungkin ingat apa yang saya katakan hanya bersifat sekadar syarat pertuturan semata mata. Tapi jauh di sudut hati saya, kata kata itu sebenarnya serius dan mahu dijadikan kenyataan.

“Alhamdulillah, hasrat saya Allah makbulkan. Saya bersyukur dapat memberi sedikit kegembiraan dan meraikan sahabat saya ini,” katanya bersyukur.

Heliza Cuba Menolak 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Tambahnya lagi, Heliza beberapa kali cuba untuk menolak ‘hadiah’ daripada Mila kerana berasakan tidak layak menerimanya. Mila juga menyifatkan pemberian tersebut adalah hadiah perkahwinan buat pelantun Doa Dalam Lagu itu dan bukan sebagai tajaan kerana mengenangkan persahabatan serta sikap pemurah Heliza selama ini.

“Namun, saya teringat kata kata yang dia sering ungkapkan andai dberi hadiah tetapi saya menolaknya. Heliza akan cakap, Rasulullah tidak pernah menolak hadiah pemberian sahabatnya.

“Saya turut menggunakan modal kata kata yang sama dan dia akhirnya bersetuju. Saya tak anggap ini sebagai tajaan, tapi lebih kepada hadiah kahwin,”

“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.

“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati.

“Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon sambil bertanya khabar serta bertukar pendapat.

“Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya lagi

Lebih manis, pada majlis resepsi itu, Mila berjaya meyakinkan Heliza untuk menyarung busana daripada kain songket.

“Saya send1ri amat menyukai material songket dan menghargai seninya. Busana perkahwinan itu dijahit oleh pasukan kerja Bizmilla Bridal send1ri.

“Selain itu, untuk pemilihan kek perkahwinan pula, saya memberi cadangan idea kepada pasukan kerja Cakesmilla. Mereka menyediakan kek sentuhan moden kontemporari supaya dapat diselarikan dengan busana songket yang digayakan.

“Alhamdulillah pengantin sangat gembira dengan dekorasi dewan dan pelamin. Tetamu yang hadir juga disajikan menu secara ‘dome’ ” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Dalam perkembangan lain, Mila kini kembali bangkit menyemar4kkan empayar perniagaannya selepas lebih dua tahun melalui fasa turun naik kesan pandemik cov1d-19. Untuk rekod, Bizmilla kini mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru. Pada pertengahan tahun ini, beberapa dewan kahwin akan ditambah termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kos Majlis Resepsi Cecah Berpuluh Ribu, Hadiah Mila Jirin Buat Heliza Helmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*