“Cubalah Bersangka Baik”-Fazley Yaakob Tegur Pihak Yang Pertikai Kemenangan Aliff Aziz

Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob tampil menegur sesetengah pihak yang mempertikaikan kemenangan Aliff Aziz sebagai juara di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) pada malam tadi.

Kemenangan Aliff Rezeki Yang Ditentukan Allah

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazley meminta pihak terlibat untuk bersangka baik dan menganggapnya sebagai rezeki yang telah ditentukan Allah.

“Buat kalian yang sibuk-sibuk kan ‘kenapa orang Singapura yang menang? Sebab @tokram_ramlims orang Singapura maka dia menangkan orang Singapura!’

“Cubalah bersangka baik, hanya kali ini! Rezeki semua Allah dah tentukan.

“Tak kiralah Malaysia ke. Indonesia ke, Singapura ke, kita dah satu rumpun. Jangan bawa sentimen kenegaraan ke pentas rezeki @gegarvaganzaofficial”-pesan Fazley

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Tambah Fazley lagi, dia menyifatkan mereka yang ‘berhati hitam’ sering berasa layak untuk memberi kritikan tanpa mempunyai rasa segan silu.

“Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam seringkali merasa mereka yang lebih layak mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa segan”- sindir Fazley

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Di akhir hantaran nya, Fazley turut menitipkan ucapan terima kasih terhadap mereka yang memberi ‘pahala percuma’ dengan segala kvtukan dan kejian sepanjang d1rinya berada dalam GV8. Tidak berkecil hati, sebaliknya Fazley terhibur membaca segala komen yang diberikan terhadap d1rinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Cubalah Bersangka Baik”-Fazley Yaakob Tegur Pihak Yang Pertikai Kemenangan Aliff Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*