Bapa Azizul Hasni Men1ngg4l Dunia

Kuala Terengganu: Bapa kepada pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, Datuk Azizulhasni Awang iaitu Awang Embong, 73, men1ngg4l dunia pagi ini di Dungun.

Azizul, 34, dalam satu hantaran di laman sosial peribadinya sebentar tadi berkata, ayahanda telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman ayah saya, Awang Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” kata Azizul menerusi laman sosialnya.

“Takziah saya ucapkan buat keluarga Datuk Azizulhasni Awang atas pem3rgian bapa tercinta, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Ketika Azizul mengerah kudratnya meraih pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, arwah bapanya ketika itu diserang angin ahmar dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, bapanya kerap mendapat rawatan di hospital.

Semangat waja yang ditampilkan atlet berbasikal kelahiran Dungun itu yang kini berlatih di Melbourne, Australia wajar diberi pujian dan dicontohi kerana demi negara, beliau sanggup berkorban walaupun ketika itu berada dalam kesed1han.

Bapa Azizulhasni men1ngg4l dunia

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima perkhabaran duk4 apabila bapanya, Awang Embong, 72, men1ngg4l dunia akibat str0k awal pagi tadi.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad, 37, memaklumkan Allahy4rham Awang menghembuskan nafas terakhir pada 2 pagi di kediamannya di Dungun, Terengganu.

Mohd Razman berkata, Allahyarham baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan selama empat hari sebelum dibenarkan pulang petang semalam.

“Doktor benarkan arw4h pulang dalam keadaan baik, dan kelihatan ceria sebelum men1ngg4l dunia, kami sekeluarga amat terkejut dengan pemerg1an Allahy4rham, namun harus redha dengan ketentuan ilahi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mohd Razman berkata, solat jen4zah akan diladakan selepas solat Zohor di Surau Ustaz Omar Shukri sebelum jen4zah dikebum1kan di Tanah Perkubvran Islam Syed Yahya, Dungun.

Sementara itu Mohd Razman memberitahu Azizulhasni, yang sedang menjalani latihan di Melbourne, Australia, sempat menghubunginya pukul 5 pagi tadi untuk mendapatkan perkembangan mengenai situasi melanda keluarganya ketika ini.

“Azizulhasni sememangnya sed1h dengan pemerg1an bapanya dan meminta kami sekeluarga untuk menguruskan segala keperluan,” katanya.

Sementara itu Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu hantaran di laman Facebook dan Twitter mendoakan kesejahteraan Allahy4rham.

“Ya Allah! Ampunilah Allahy4rham, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya..Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.

Sumber : HM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bapa Azizul Hasni Men1ngg4l Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*