6 Artis Indonesia Yang Mirip Selebriti Hollywood

Ramai orang kata di dalam dunia ini, kita mempunyai tujuh kembar yang seiras. Maka tidak hairanlah jika kita pernah ternampak beberapa orang memiliki wajah yang serupa walaupun tidak mempunyai pertalian d4rah langsung.

Beberapa artis dari seberang ini juga dikatakan mempunyai wajah yang sama dengan bintang dari Hollywood. Malah beberapa kali wajah dan penampilan selebriti dari Indonesia ini nampak seiras sehinggakan mereka kelihatan seperti kembar. Siapakah mereka? Jom kita tengok!

1. Suka Laura Kiehl & Rosie Huntington 

via pontianak

Cinta Laura Kiehl merupakan seorang pelakon dan model yang berketurunan kacukan Indonesia-German dikatakan mempunyai wajah yang m1rip dengan selebriti dari Hollywood, Rosie Huntington-Whiteley yang berasal dari Britain.

Jika anda perhatikan betul-betul, mereka memang kelihatan sama dengan bentuk muka dan bentuk badan juga sama. Bukan itu sahaja, gaya rambut mereka berdua juga sering digayakan dengan gaya yang hampir sama.

2. Sahila Hisham & Lily Collins

via Pontianak

Selebriti Indonesia yang berketurunan Arab, Sahila Hisham juga mempunyai rupa paras yang m1rip dengan pelakon Amerika British, Lily Collins. Persamaan itu jelas kelihatan dari mata, kening yang tebal, hidung dan juga bibir di antara kedua-duanya. Mereka juga mempunyai bentuk badan yang kecil molek membuatkan mereka kelihatan seperti kembar.

3. Marshanda & Shailene Woodley

via Pontianak

Jika dilihat dari bentuk wajah dengan dagu yang runcing serta bibir yang nipis, kedua-dua mereka ini kelihatan seperti adik beradik. Raut wajah Marshanda runcing sama seperti Shailene. Begitu juga dengan senyuman mereka dan dagu runcing yang dimilik Marshanda juga sama seperti yang jelas terpamer di wajah Shailene.

4. Hannah Al Rashid & Olivia Munn

via Pontianak

Jika anda lihat gambar ini, anda mungkin susah untuk membezakan antara Hannah dan Olivia. Dalam banyak cara, mereka berdua mempunyai paras rupa yang sangat m1rip. Malah, kita juga susah untuk berfikir bahawa peranan Olivia Munn dalam X-Men: Apocalypse sebagai Psylocke ialah sebenarnya Hannah Al Rashid.

5. Valerie Thomas & Sofia Vergara

via Pontianak

Jika dilihat betul-betul, wajah Valerie Thomas mempunyai banyak persamaan dengan Sofia Vergara yang merupakan seorang pelakon Hollywood dari Columbia yang berbakat. Sofia bukan sahaja seorang pelakon malah dia juga merupakan seorang pelawak dan pengacara. Kedua-dua mereka mempunyai bentuk wajah yang tirus dan berambut panjang, eksperesi muka yang garang membuatkan mereka berdua kelihatan sama.

6. Raline Shah & Miranda Kerr

via Ig

Raline Shah & Miranda Kerr selalu dikatakan seperti kembar. Mereka berdua memiliki bentuk wajah yang bulat, pipi yang sedikit tembam dan berbibir tebal. Satu bahagian yang berbeza pada merka berdua hanya terletak pada warna bola mata. Raline mempunyai bola mata berwarna coklat manakala Miranda bermata biru.

Itulah antara barisan selebriti dari Indonesia yang mempunyai ruoa paras yang sama seperti selebriti dari Hollywood. Apa pendapat anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "6 Artis Indonesia Yang Mirip Selebriti Hollywood"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*