Abang Viva Viral Terima Motosikal Daripada ‘Seseorang’ Sebagai Tanda Penghargaan

Sejak ‘Abang Viva Viral’ mula dikenali orang ramai, ada beberapa pihak telah menghubungi beliau untuk memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada pengorbanannya membantu mangsa b4njir pada Disember tahun lalu.

Terbaharu, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana ‘Abang Viva Viral’ telah selamat menerima motosikal jenis Yamaha XJ6S berserta beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Menurut portal Motomalaya.net, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada seorang individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal tersebut kepada ‘Abang Viva Viral’ atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Rata-rata ramai mengucapkan tahniah kepada Azwan kerana beliau layak menerima hadiah terbabit dan mendoakan kebaikkan buat ‘individu misteri’ yang sudi memberikan hadiah penghargaan kepada unsung hero negara ini pada hantaran Facebook tersebut.

 

Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd

 

Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd

 

Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd

 

Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd

 

Nama Azwan Omar mula menjadi bualan warganet selepas beliau turun membantu m4ngsa-m4ngsa b4njir di beberapa lokasi pada akhir tahun lalu dengan hanya membawa sebuah kereta Perodua Viva, bot angin dan sekeping not RM50.

Difahamkan beliau juga bakal menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda 4×4 daripada seorang usahawan kosmetik tidak lama lagi selepas beberapa urusan diselesaikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : the vocket


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Abang Viva Viral Terima Motosikal Daripada ‘Seseorang’ Sebagai Tanda Penghargaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*