10 Selebriti Lelaki Paling Kacak Di Dunia Sepanjang Tahun 2021

Kecantikan dan ketampanan seseorang itu adalah sangat subjektif. Itu bermakna, setiap orang mempunyai definisi yang tersend1ri tentang kecantikan dan juga ketampanan.

Wajah yang menarik pada d1ri kita send1ri tidak semestinya menarik juga pada penglihatan orang lain. Ini kerana setiap dari kita mempunyai pandangan yang berbeza bagi menilai seseorang itu sama ada ianya kacak atau sebaliknya. Namun, kekacakan seseorang juga tidak hanya terletak pada rupa paras semata-mata malah termasuklah personaliti, sikap, gaya dan ilmu juga akan dinilai.

Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan semua pembaca setia murai.my siapakah antara selebriti lelaki yang paling kacak di dunia yang tersenarai sepanjang tahun 2021. Jom kita tengok!

10. Henry Cavill

via Ig

Henry Cavill yang dilahirkan pada 5 Mei 1983 adalah pelakon kacak yang berasal dari Saint Helier, Jersey merupakan anak keempat daripada lima orang adik-beradik.

Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 2001 iaitu dengan membintangi filem sulungnya yang berjudul ‘Laguna’. Namanya juga mula dikenali selepas dia memegang watak Clark Kent dalam filem ‘Man of Steel’ dan juga watak sebagai ‘Superman’.

Henry mempunyai prinsipnya yang tersend1ri iaitu “berhenti mencari wanita untuk ditiduri dan carilah seorang wanita yang boleh menjadikan anda orang yang lebih baik dan bahagia.” 

9. David Beckham 

via Ig

Siapa yang tidak kenal dengan bintang bola sepak yang satu ini? David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham yang dilahirkan pada 2 Mei 1975 di Leytonstone, Londres. Dia juga merupakan seorang suami kepada selebriti terkenal, Victoria Adam Beckham dan bapa kepada empat orang anak.

Pemain lagenda yang berpewatakan kacak ini kadangkala mampu mencairkan mata orang yang melihatnya. Bekas pemain Manchester United ini juga terkenal sebagai pemain bola sepak yang mempunyai banyak tatu di seluruh badan tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Beckham sebenarnya sangat obses dengan jarum dan ini juga adalah antara sebab dia mempunyai banyak tatu di seluruh badannya.

8. Tom Cruise

via BIO

Seorang pelakon dan penerbit filem dari Amerika Syarikat ini sangat terkenal dengan filem aksi terutamanya filem bers1ri ‘Mission Impposibble’. Popularitinya cukup menarik dan enam dari filem lakonannya telah memperoleh USD100 juta untuk setiap filem. Filem-filemnya banyak yang mencapai Box Office pada pertengahan 1980-an, bermula dengan filem ‘Top Gun’ (1986), ‘The Color of Money’ (1986), ‘Rain Man’ (1988) dan ‘Born On the Fourth of July’ (1989).

Walaupun Tom Cruise agak rendah dengan ketinggian hanya 5 kaki 7 inci, namun wajahnya yang kacak telah berjaya menambat hati ramai penonton.

7. Omar Borkan Al Gala

via Ig

Salah seorang lelaki paling kacak di dunia ialah Omar Borkan Al Gala yang dilahirkan pada 23 September 1989  yang berasal dari Baghdad. Ramai yang beranggapan lelaki yang memiliki wajah yang sangat tampan akan sentiasa membawa kebahagiaan dan akan mendapat apa sahaja yang mereka inginkan. Tetapi tidak pada Omar Borkan Al Gala.

Omar Borkan telah diusir dari negara kelahirannya send1ri, Arab Saudi kerana dianggap terlalu kacak. Matanya yang tajam dapat memikat ramai wanita dan ini akan membawa kepada banyak masalah. Selain itu, penampilan Omar juga akan menyebabkan bukan sahaja wanita malahan lelaki juga akan jatuh cinta kepada d1rinya.

Inilah yang dikatakan, segak pun salah, tak segak pun salah. Apa pendapat anda?

6. Chris Evans

via Hola

Chris Evans adalah salah seorang pelakon Hollywood yang paling kacak di dunia yang dilahirkan pada 13 June 1981 di Boston, Massachusetts. Chris merupakan antara pelakon yang mendapat bayaran yang paling tinggi di Hollywood.

Kejayaannya dalam filem ‘Captain America’ dan ‘Avengers’, menjadikan Chris Evans salah satu pelakon yang terkaya di dunia.

Sebelum berlakon dalam filem ‘Captain America’, dia juga pernah menjadi bintang dalam filem ‘Fantastic 4’  namun di masa itu namanya masih belum dikenali ramai. Ini kerana, ketika filem tersebut ditayangkan, Chris mempunyai bentuk badan yang agak kurus dan tidak berotot.

5. Robert Pattinson

via Ig

Robert Pattinson juga merupakan antara pelakon yang paling kacak dan mendapat bayaran tertinggi di dunia yang berasal dari England. Robert Pattinson dilahirkan pada 13 Mei 1986 ini mula dikenali dengan wataknya sebagai vampire yang bernama Edward Cullen  dalam filem ‘Twilight’.

Berkat peranannya dalam filem tersebut, dia mula menjadi popular dan berjaya membintangi beberapa filem se1ring dengan selebriti hebat yang lain yang lebih senior darinya.

4. Ian Somerhalder

via Ig

Ian Somerhalder dilahirkan pada 8 Disember 1978 dan merupakan seorang pelakon yang mula dikenali ramai kerana lakonannya sebagai Damon Salvatore dalam filem ‘The Vampire Diaries’ dan Boone Carlyle dalam filem ‘Lost’.

3. Hrithik Roshan

via Ig

 

Hrithik Roshan merupakan seorang pelakon Bollywood yang sangat terkenal dan tersenarai dalam selebriti yang paling kacak di dunia. Bagi mereka yang menggemari dunia hiburan Bollywood, pasti sangat mengenali figura yang memiliki mata yang cantik dan juga berbakat dalam tarian ini.

Dia yang dilahirkan pada 10 Januari 1974 pernah mend1rikan rumahtangga pada tahun 2004 dengan seorang wanita yang bernama Sussanne Khan, namun sayangnya mereka berpisah selepas 10 tahun menjalani kehidupan bersama.

Antara filem hebat lakonan Hrithik Roshan adalah ‘Kaho Na Pyaar Hai’, ‘Kabhi Kushi Kabhi Gham’ dan banyak lagi. Dia juga pernah memperoleh Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Penampilan Sulung Lelaki Terbaik.

2. Zayn Malik

via Pinterest

Zyn Malik merupakan seorang penyanyi yang dilahirkan pada 12 Januari 1993 dan berasal dari Bradford, West Yorkshire. Dia mula dikenali pada tahun 2010 dalam program pencarian bakat ‘The X Factor’ dan memulakan kerjasama nyanyiannya bersama One Direction.

1. Kim Taehyung

via Pinterest

Bagi mereka yang meminati industri hiburan KPop, pasti mengenali figura yang sangat terkenal ini. Dia adalah antara selebriti yang paling kacak di dunia. Kim Taehyung merupakan salah seorang ahli kumpulan KPop terkenal BTS yang sangat diminati oleh ramai peminat wanita dek kerana penampilan dan bakat serta gerak tari mereka yang sangat bertenaga.

Dia yang lebih mesra dikenali sebagai V pernah memenangi anugerah sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia. V dilahirkan pada 30 Disember 1995 di Daegu, Korea Selatan.

Itulah antara 10 barisan selebriti yang paling kacak di dunia yang dapat kami bersama pembaca. Yang mana satu pilihan hati anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "10 Selebriti Lelaki Paling Kacak Di Dunia Sepanjang Tahun 2021"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*