Pert1kai Cuti Khas Sempena Kemenangan KL City FC, Teresa Kok Kata Bukan Semua Minat Bola Sepak

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tampil mempertikaikan cuti khas yang diberikan kepada negeri Wilayah Persekutuan selepas pasukan bola sepak KL City FC telah menjulang Piala Malaysia pada hari Selasa lalu.

Ujar Teresa, tidak sal4h untuk memberikan penghargaan kepada pasukan bola sepak itu seperti dari segi hadiah atau ganjaran namun jika diumumkan cuti secara tiba-tiba, beliau berpendapat tindakan tersebut telah menyebabkan kesvkaran kepada banyak pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Teresa Kok (@teresakok1)

Jelasnya lagi, bukan semua rakyat meminati sukan bola sepak dan memerlukan cuti seperti itu.

Kalau nak bagi RM1 juta seorang, teruskan, tapi jangan umum cuti secara tiba-tiba. Bukan semua orang adalah peminat bola sepak, bukan semua orang perlu cuti seperti ini.

Tambahnya lagi, Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan pengumuman cuti secara tiba-tiba itu perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati dan perlu mendapatkan konsultasi dengan banyak pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Teresa Kok (@teresakok1)

Kata Teresa, cuti tersebut telah menyukarkan beberapa syarikat utama seperti bank dan industri penting yang sudah mengatur pengeluaran pada hari tersebut.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Rabu telah mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi negeri Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari ini, Jumaat, 3 Disember 2021.

Pengisytih4ran tersebut dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Astro Awani


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pert1kai Cuti Khas Sempena Kemenangan KL City FC, Teresa Kok Kata Bukan Semua Minat Bola Sepak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*