GAMBAR terkini Puteri Balqis mencuri perhatian umum. Memang berani pakai mcm tu

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon cilik berbakat besar iaitu Puteri Balqis. Memang sejak kecil Balqis sudah mampu memberikan mutu lakonan berkelas tinggi dan berjaya menghayati apa jua watak yang diberikan kepadanya.

Diva cukup suka dan terk3san dengan drama berjudul Balqis sehingga melayakkan pelakon itu memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 sekali gus menjadi pemenang termuda bagi kategori tersebut pada usia tujuh tahun.

Baru-baru ini Diva tidak sengaja terjumpa akaun Instagram Balqis. Asalnya nak mencari akaun orang lain. Sudah alang-alang terjumpa, Diva buka profil Instagram Balqis.

GAMBAR terkini Puteri Balqis yang mencuri perhatian umum

Melihat perkongsian Balqis, memang lain daripada yang lain. Boleh tahan juga penampilan pelakon yang kini sudah pun berusia 14 tahun itu.

Salah satu gambar yang dikongsikan Balqis adalah penampilannya memakai skirt pendek berserta stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak.

Terus Diva teringat zaman kegemilangan ‘gothic’ yang pernah menjadi trend remaja sekitar tahun 2000-an dahulu.

Apabila membelek apa yang dikongsikan Balqis, Diva dapat rasakan umpama ada rahsia yang cuba disimpannya daripada pengetahuan umum. Malah Balqis juga bertindak menutup ruangan komen dalam Instagramnya.

Seperti yang diketahui, nama Balqis sebelum ini pernah tiba-tiba hil4ng daripada radar dunia seni sebelum diketahui bahawa dia menghidap masalah k3sihatan.

Harap-harap Balqis berada dalam keadaan baik-baik sahaja ya.

DIVA: Tahniah buat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila terpilih menjadi antara Selebriti Paling Menyerlah di TikTok sepanjang tahun 2021.

Ramai rindu Puteri Balqis

SELAMA menyepi, penampilan terbaharu pelakon cilik k3sayangan ramai, Puteri Balqis yang dimuat naik Beto Kusyairy baru-baru ini sangat diraikan oleh peminatnya.

Menerusi dua hantaran dalam akaun Instagram Beto, fotonya bersama Nabila Huda dan Puteri Balqis ketika mereka menjalani penggambaran drama terbaharu menuai perhatian netizen.

Puteri Balqis yang meningkat dewasa dipuji ramai kerana penampilan terbaharunya yang dilihat semakin cantik dan matang.

BETO (kanan sekali) merakamkan gambar bersama Puteri Balqis dan pelakon lain ketika sama-sama menjayakan sebuah naskhah yang disifatkan sangat bermakna buatnya.
Memang nampak berbeza wajahnya. Semakin matang seiring dengan usianya yang sudah mencecah 14 tahun.

Rupa-rupanya ramai yang merindui kehadiran pelakon berbakat besar itu. Buktinya, ramai yang berharap dia terus aktif dalam bidang lakonan.

“Hampir tidak perasan gadis tersebut ialah Puteri Balqis, cantik sangat. Bakat yang dimilikinya teramat besar, sayang jika disia-siakan,” komen seorang peminatnya.

Harapan ramai, Puteri Balqis terus sihat untuk menghiburkan semua orang. Rindu sangat dengan lakonan air matanya yang mampu membuatkan ramai turut men4ngis.

Sedikit trivia Pelakon Puteri Balqis

Puteri Balqis merupakan seorang aktres remaja popular di Malaysia yang memulakan karier seni sejak usia dua tahun iaitu selepas menjayakan sebuah sesi ujibakat.

Kemunculan sulungnya di layar kaca adalah pada tahun 2011, menerusi siri televisyen Gemilang yang diterajui Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle

 

Biodata

1. Nama sebenarnya, Puteri Balqis binti Azizi. Menggunakan nama komersial, Puteri Balqis.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 April 2007. Kini berumur 14 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model komersial yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

4. Antara drama dibintanginya seperti Gemilang, Cinta Itu Milikku, Astana Cinta Aleesa, Akulah Balqis, Andainya Takdir dan Sweet Dreams.

5. Termasuk telefilem Di Sebalik Tirai Kasih, Anak Lorong, Aku Tahu, Saloma, Kulit, Ana Anak Ibu dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Strawberi Cinta, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Makrifat Cinta dan KL Special Force.

7. Pemegang trofi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19.

8. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan menghidap masalah jantung.

Fakta Menarik

Lebih mesra disapa Aqish.

Anak perempuan tunggal kepada pasangan Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz.

Arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin pernah seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Bergelar pelakon sejak usia dua tahun selepas menjayakan sebuah sesi uji bakat.

Pernah membuat kemunculan dalam video muzik penyanyi Hafiz Suip berjudul ‘Matahari’ dan Anuar Zain menerusi ‘Andainya Takdir’ serta ‘Cinta Takkan Berakhir’.

Mengidolakan bintang Hollywood, Dakota Fanning dan Natalie Portman, termasuk seniman Tan Sri P. Ramlee.
ayah puteri balqis

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://limauasamboi.pw 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "GAMBAR terkini Puteri Balqis mencuri perhatian umum. Memang berani pakai mcm tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*